Dibuka pada 1997 dan menghuni bangunannya sekarang berdekatan Sungai Singapura sejak 2003, Muzium Tamadun Asia (Asian Civilisations Museum) meneroka kekayaan khazanah dan warisan pelbagai masyarakat yang membentuk rantau Asia - serta pertalian bersejarah kerencaman budaya di kalangan negara-negaranya serta antara Asia dengan dunia - melalui galeri-galeri pameran termasuk 'Seni Islam', 'Agama Kuno', 'Keturunan dan Ritual', 'Galeri Cendekiawan' dan 'Kesenian Kristian'. Pameran terbaru yang bertajuk 'Raffles di Asia Tenggara: Melawat Semula Cendekiawan dan Negarawan' pula akan menemui pengunjung pada 1 Februari ini. Berikut BERITA HARIAN menyelongkar keunikan beberapa pameran di Muzium Tamadun Asia.
Seni Islam