Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium Tamadun Asia pulangkan semula arca kurun ke-11 kepada India

Oct 19, 2015 | 05:55 PM



MUZIUM Tamadun Asia (ACM) di bawah pengurusan Lembaga Warisan Negara (NHB) akan memulangkan semula sebuah arca gangsa kurun ke-11 dari dinasti Chola kepada pihak berkuasa India.


Arca berupa ikon agama menggambarkan dewi Hindu Uma Parameshvari itu telah dibeli daripada peniaga New York, Art of the Past.


Hasrat untuk memulangkan semula arca itu telah disampaikan kepada Archaeological Survey of India (ASI) dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura.


Menurut kenyataan ACM, pihaknya telah membeli arca tersebut daripada Art of the Past dengan harga AS$650,000 ($900,000) pada 2007.


Pada Julai 2012, media memaklumkan bahawa arca tersebut mungkin merupakan bahan curian dari pada perdagangan haram artifak bersejarah dari India.


Pada Januari 2015, NHB mengundang ASI, sebuah agensi nasional India bagi kepurbaan, untuk melawat Singapura dan membincangkan arca tersebut.


ASI mengadakan lawatan dari 12 hingga 15 Mei dan membentangkan sebab ia mahu menuntut semula arca tersebut.


Pada 16 Jun lalu, NHB menerima permintaan rasmi dari ASI supaya arca tersebut dipulangkan.


ACM telah menimbangkan dengan teliti permintaan berkenaan dan menyemak maklumat yang diberikan ASI.


ACM berkata, walaupun tiada bukti kukuh bahawa arca tersebut dicuri dari kuil Shiva di Tamil Nadu, India, ACM telah mengambil kira pengakuan Aaron Freedman, pengurus Art of the Past.


Beliau yang mengendalikan artifak-artifak curian India selain memiliki 150 objek curian telah mengenalpasti secara khusus bahawa arca berkenaan merupakan antara 150 objek curian itu.


"ACM komited untuk mendapatkan bahan-bahan seni mengikut undang-undang dan secara beretika. Arca tersebut telah dibeli dengan niat yang baik dan selepas mengadakan usaha wajar yang ketat.


"Namun, oleh kerana asal-usulnya diadapati menimbulkan kesangsian, ACM memutuskan untuk memulangkan semula arca itu kepada India," kata ACM.


ACM akan memulakan prosiding guaman untuk menuntut pampasan daripada Art of the Past, pemilik/pengarah Subhash Kapoor dan/atau pengurusnya Aaron Freedman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >