Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium warisan Kebun Bunga dibuka semula

Jun 25, 2023 | 05:55 PM



Muzium Warisan Kebun Bunga Singapura dibuka semula kepada orang ramai pada Sabtu selepas ditutup selama empat bulan, dengan memaparkan pameran baru.

Pembukaan semula muzium itu juga bersempena dengan pesta warisan tahunan Kebun Bunga Singapura, yang akan dilanjutkan ke Taman Fort Canning buat kali pertama, kata Lembaga Taman Negara (NParks) menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Antara lain, orang ramai juga boleh menyertai lawatan berpandu dan kegiatan untuk mengenali sejarah hijau negara ini dengan lebih dekat.

Muzium Warisan di Holttum Hall itu, di bahagian Tanglin Kebun Bunga Singapura, antara lain memaparkan perkembangan terkini seperti pengiktirafan Kebun Bunga Singapura sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 2015 dan penyelesaian kerja bagi bahagian Tyersall-Gallop yang sebesar 18 hektar pada 2022.

Muzium yang pertama kali dibuka pada 2013 itu ditutup bagi kerja pembaharuan pada lewat Mac.

Menerusi laman Facebook beliau pada Ahad, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata:

“Muzium ini menarik perhatian sumbangan Kebun Bunga Singapura kepada pembangunan alam sekitar, sosial dan ekonomi Singapura serta memberi penghormatan kepada generasi perintis yang telah membangunkan asas bagi Kebun Bunga Singapura untuk menjadi institusi utama bagi pengajian tanaman tropika serta ruang hijau yang dicintai warga Singapura.”

Tambahnya, peningkatan kepada muzium itu juga tepat pada masanya sedang Singapura meraikan 60 tahun usaha menghijaukan negara ini pada 2023.

Sebagai sebahagian pesta warisan tahunan Kebun Bunga Singapura, NParks juga telah memperkenal lawatan warisan pada sebelah malam, di mana orang ramai boleh meneroka kebun bunga itu dan berpeluang menyaksikan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti burung tukang dan kelawar buah.

Selain pada 25 Jun, pelbagai kegiatan itu boleh dinikmati pada 29 Jun serta 1 dan 2 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >