Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

My First Skool dan PCF naikkan yuran tahun depan

Oct 01, 2015 | 11:43 AM



Ibu bapa kanak-kanak prasekolah My First Skool dan Yayasan Masyarakat PAP (PCF), dua pengendali prasekolah terbesar di sini, kemungkinan besar terpaksa membayar lebih tahun depan.


Kedua-duanya akan menaikkan yuran bulanan di kebanyakan pusat mereka tahun depan, secara purata $34 bagi My First Skool, kendalian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan $28 bagi PCF.


Untuk penjagaan bayi, secara purata, My First Skool akan menaikkan yuran sebanyak $14, manakala PCF $48.


Dua pengendali itu memberitahu akhbar The Straits Times kenaikan yuran tersebut diperlukan untuk meningkatkan mutu program mereka, dan bagi menghadapi kenaikan kos operasi, seperti gaji kakitangan lebih tinggi.


Baru tahun ini kededuanya menaikkan yuran di kebanyakan pusat mereka.


My First Skool dan PCF, kedua-duanya dilantik sebagai pengendali utama bagi pasaran massa, juga mengulangi bahawa yuran baru mereka umumnya masih lebih rendah daripada maksimum yang dibenarkan bagi pengendali utama.


Pengendali utama mendapatkan geran pemerintah tetapi perlu memastikan yuran mereka kekal dimampui. Mereka tidak boleh mengenakan bayaran lebih $720 sebulan untuk jagaan kanak-kanak sepenuh hari dan $1,275 sebulan bagi penjagaan baty sepenuh hari, sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Kadar itu lebih rendah daripada yuran median industri yang sebanyak $900 dan $1343 bagi kedua-dua perkhidmatan.


Tiga lagi pengendali utama ialah E-brige Pre-School, Skool4kidz dan MY World Preschool.


E-brige Pre-School dan Skool4kidz tidak akan menaikkan yuran tahun depan kerana ia telah mencapai jumlah maksimum yang dibenarkan.


MY World Preschool akan menaikkan yuran di empat daripada 25 pusatnya, memandanga ia baru dipindahkan kepadanya daripada pengendi lain tahun ini.


My First Skool memaklumkan ibu bapa pada Rabu (30 Sep) bahawa kenaikan yurannya bermula April depan.


PCF pula memberitahu ibu bapa pada Ogos bahawa yurannya akan naik mulai Januari depan.


Bagaimanapun, Jumaat lalu PCF berkata "atas semangat ihsan", ia akan memberi semua kanak-kanak warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura rebat dari Januari hingga Jun, supaya yuran baru berkuatkuasa hanya mulai Julai.


Kenaikan yuran itu telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak, yang menyelia sektor tersebut.


Kedua-dua pengendali berkata mereka menyediakan dana khas untuk keluarga berpendapatan rendah, melebihi subsidi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >