Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:06
Setempat

My Paper dan The New Paper digabungkan; SPH kurangkan jumlah kakitangan sehingga 10 peratus menerusi beberapa langkah sepanjang 2 tahun

Oct 17, 2016 | 06:13 PM

Akhbar My Paper dan The New Paper (TNP) akan bergabung untuk membentuk TNP diperbaharui yang akan diedar secara percuma bermula Disember ini, umum Singapore Press Holdings (SPH) hari ini (17 Oktober).

TNP, yang akan menggabungkan kekuatan kedua-dua produk, akan disediakan di tempat pengedaran sedia ada termasuk di stesen MRT. Ia akan terus disediakan dalam talian.

SPH turut mengumumkan, memandangkan landskap media yang berubah, ia akan menjalankan latihan menyesuaikan bilangan pekerja di seluruh kumpulan itu bagi mengurangkan kos operasi.

Ini termasuk mengurangkan bilangan pekerja hingga sebanyak 10 peratus sepanjang dua tahun menerusi pekerja yang berhenti, persaraan, kontrak tidak diperbaharui, penempatan keluar dan pembuangan kerja, kata SPH.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian