Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAC, Sri Warisan giat lestari seni tradisional Melayu

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



MENGEMBALIKAN semula pelbagai seni tradisional Melayu kepada masyarakat generasi muda Melayu khususnya dan masyarakat berbilang kaum Singapura amnya, supaya dapat dihayati dan dihidupkan semula warisan budaya yang semakin luput.



Itulah yang sedang giat dan aktif diakukan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dengan kerjasama syarikat kumpulan seni Sri Warisan sejak beberapa tahun lalu dengan mengadakan beberapa kegiatan tradisi budaya.



Antara kesenian budaya Melayu tradisional yang giat dihidupkan kembali di Singapura termasuk pertunjukan wayang kulit, bangsawan, permainan angklung dan pelbagai tarian Melayu asli.



Pengarah Urusan Sri Warisan, Encik Adel Ahmad, berkata satu daya usaha NAC bersama Sri Warisan yang bertujuan memasyarakatkan tarian asli dan kontemporari Melayu telah diadakan di kawasan Little India sejak dua tahun lalu.



"Kami mengadakan latihan untuk orang awam secara percuma setiap Sabtu bagi mengikuti dan mempelajari pelbagai tarian tradisional.



"Ini termasuk tarian asli, minang, masri, zapin dan joget. Tujuannya adalah mahu memasyarakatkan dan mengenalkan tarian tradisional Melayu ini di Singapura," kata Encik Adel.



Beliau juga berkata bersama NAC, Sri Warisan telah menganjurkan acara Seni Di Kejiranan Anda bertajuk Wow! Wayang pada November tahun lalu.



Menurut Encik Adel, sebanyak lapan pertunjukan wayang kulit itu diadakan antaranya di Ang Mo Kio, di Our Tampines Hub, Safra Toa Payoh dan Bedok Square sepanjang tahun lalu sejak Mac 2016.



"Kami adakan pertunjukan wayang kulit besar berukuran 1.5 meter diiringi dengan permainan muzik gamelan. Tujuannya bagi menghidupkan semula seni tradisional yang semakin malap di Singapura. Bagi menarik orang ramai, kanak-kanak terutamanya, kami buat cerita baru menggantikan watak Ramayana.



"Kanak-kanak sekarang lebih gemarkan watak 'superhero' seperti Superman dan Avenger, maka kami tukar watak-watak itu kepada watak Hang Tuah dan kawan-kawannya. Juga kisah Badang diceritakan dalam bentuk wayang kulit.



"Bukan sahaja kreatif bahkan interaktif. Selepas menonton wayang kulit itu, kanak-kanak dan ibu bapa mereka diberi peluang bermain sendiri dengan wayang kulit yang lebih kecil supaya mereka dapat menghayati keseronokan seni yang semakin luput itu," tambahnya.



Dengan kerjasama NAC, Sri Warisan juga menganjurkan acara mengajak orang ramai dan pelancong menyertai beberapa tarian tradisional Melayu pada akhir Oktober lalu.



Acara yang dinamakan 'Got To Move 2017' itu diadakan di Connaught Drive dekat Padang.



"Lebih 30 orang awam pelbagai kaum menyertai kami apabila kami mengajar tarian asli, inang dan masri sekitar lebih setengah jam," ujarnya.



Menurutnya lagi, Akademi Sri Warisan bagi Seni Pementasan, sejak Januari hingga bulan ini, turut mengadakan pelbagai kursus bagi kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa yang berminat mempelajari pelbagai kesenian Melayu.



Ini termasuk pelbagai tarian tradisional, kompang, angklung, dikir barat dan silat serta tarian bangra masyarakat Punjabi.



Menurutnya, selain dibuka kepada orang awam, pihaknya juga membuka kepada sekolah yang kurikulum luar darjah (CCA) tidak menyediakan kegiatan tarian Melayu.



Ia juga menyediakan kursus bagi golongan yang ingin belajar tarian tradisional untuk jadikan tarian sebagai kerjaya profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >