MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin semalam mengingatkan kaum Adam agar bersikap bertanggungjawab lebih-lebih lagi apabila mereka perlu membayar nafkah anak.
"Menjaga anak anda tidak berhenti walaupun perkahwinan anda sudah berakhir. Hubungan penyayang dengan anda sebagai bapa akan membantu anak anda belajar percaya sekali lagi," kata Encik Tan semasa berucap di Parlimen semalam mengenai Pindaan Rang Undang-Undang Piagam Wanita.