Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas Bukit Batok: Bekas pemandu Tower Transit dijel 6 minggu

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu bas dari syarikat Tower Transit yang telah menyebabkan 14 orang tercedera selepas melanggar kenderaannya dengan sebuah lagi bas di Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok dijel enam minggu semalam.



Lesen penduduk tetap (PR) Singapura, Loo Eng Chai, 66 tahun, juga digantung selama lima tahun selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk kepada enam individu dan melakukan perbuatan dengan terburu-buru, lapor akhbar, The Straits Times (ST).



Kemalangan tersebut berlaku pada 11 Julai tahun lalu.



Antara mereka yang mengalami kecederaan teruk ialah pemandu bas yang dilanggar, Encik Mohammed Salleh Mian, 65 tahun dan Encik Alias Mokson, 57 tahun, seorang kapten bas yang sedang berehat di pusat pertukaran bas itu apabila kejadian itu berlaku.



Satu lagi tuduhan menyebabkan kecederaan kepada lapan penumpang dalam bas kendalian Encik Salleh dengan melakukan pebuatan secara terburu-buru turut dipertimbangkan semasa hukuman semalam.



Apabila kejadian itu berlaku pada Julai lalu, bas yang dikendali Encik Mohammed Salleh telah terbalik ke bahagian tepinya selepas ia dilanggar.



Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling, memberitahu mahkamah semalam bahawa Loo, yang telah bekerja sebagai pemandu bas sejak 2000, gagal menghentikan kenderaannya di garisan berhenti dan memutar ke kanan tanpa mengawasi sama ada kenderaan lain yang sedang bergerak ke arahnya dengan teliti.



Loo telah melanggar bas Encik Salleh di sebelah kanannya di mana kenderaan kendalian Encik Salleh itu sepatutnya mempunyai keutamaan untuk bergerak.



Kemalangan itu telah menyebabkan bas Encik Salleh terbalik dan kemudian jatuh di sebuah lereng.



Kesemua 14 mangsa - termasuk 13 daripada bas kendalian Encik Salleh - telah dibawa ke hospital selepas kejadian itu.



DPP Chee telah meminta agar Loo dijel enam hingga lapan minggu dan lesen memandunya digantung selama lima tahun.



Loo, yang tidak diwakili peguam, berkata dia sedang bekerja sebagai pekerja pembersihan dan perlu mencari nafkah untuk keluarganya yang tinggal di Johor Bahru, Malaysia.



Tower Transit sebelum ini berkata Loo telah dipecat.



Mereka yang disabit kesalahan menyebabkan kecederaan teruk dengan melakukan perbuatan terburu-buru boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya.



Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan disebabkan pebuatan terburu-buru sendiri, Loo boleh dijel sehingga enam bulan, dipenjara $2,500 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >