Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di AYE: Pasangan dapat pampasan $530,000

Aug 29, 2018 | 05:49 PM



PASANGAN yang mengalami kecederaan serius dalam kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) setelah seorang ahli perniagaan memandu kereta dari arah trafik bertentangan, bersetuju menerima pampasan berjumlah sekitar $530,000.



Kededua warga Malaysia itu yang berusia 36 tahun, Encik Teh Tze Yong dan isterinya, Cik Choo Yat Chiam, sedang menaiki motosikal pada 19 Disember 2016 apabila kereta Mercedes-Benz yang dipandu Lim Chai Heng melanggar mereka sekitar 8 pagi.



Mereka menyaman pemandu tersebut kerana cuai dan menuntut pampasan, antaranya untuk digunakan bagi rawatan perubatan, kehilangan pendapatan, ditambah lagi dengan kesakitan dan penderitaan.



Lim menerima liabiliti 100 peratus November lalu dengan Encik Teh diberikan $380,000 manakala isterinya, $150,000.



Jumlah itu dicatatkan di Mahkamah Tinggi semalam. 



Cara Lim memandu telah menyebabkan beberapa kenderaan bertembung.



Ia melibatkan empat kereta, satu motosikal dan sebuah bas. 



Tembok sepanjang lebuh raya sebelum jalan keluar Tuas West Road juga musnah.





Kejadian itu telah mengakibatkan seorang maut dan beberapa lagi cedara.



Cik Choo, seorang eksekutif pentadbiran, patah kaki kirinya manakala suaminya, seorang pemandu forklif, mengalami keretakan tulang pada kededua tangannya dan kecederaan bagi tiga jari-jemarinya.



Kemalangan AYE itu telah membawa maut kepada seorang artis, Encik Jackie Liong, 37 tahun, yang sedang memandu Toyota Vios. 



Isterinya, Cik Venny Oliver, 37 tahun, cedera.



Lim sedang memandu ke arah Pusat Pemeriksaan Tuas apabila dia didakwa menyebabkan pertembungan setelah membuat U-turn bertentangan dengan arah trafik.



Dia pada mulanya didakwa atas sebab kematian kerana memandu dengan cuai dan berbahaya. 



Tetapi dakwaan itu diubah di Mahkamah Negara tahun lalu kepada tindakan yang mengakibatkan kematian tetapi tidak dianggap sebagai pembunuhan. 



Kes itu belum diputuskan mahkamah dan jika sabit kesalahan, Lim boleh dikenakan 10 tahun penjara serta denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >