Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di Kemboja: Penunggang dicari sertai konvoi motosikal dari S'pura bagi misi kebajikan

Feb 22, 2019 | 05:30 AM



PENUNGGANG motosikal yang dicari pihak berkuasa Kemboja berhubung kemalangan jalan raya di sana, menyertai konvoi motosikal dari Singapura yang melakukan kerja kebajikan di negara itu.



Menurut laporan akhbar The New Paper (TNP), motosikal BMW R1200 GS Adventure milik penunggang wanita itu berdaftar di Singapura dan didakwa terlibat dalam kemalangan pada 7 Februari.



Nahas itu dikatakan menyebabkan seorang penunggang basikal berusia 81 tahun, maut.



Penunggang motosikal itu adalah sebahagian kumpulan sekurang-kurangnya empat penunggang yang berada di Kemboja dari 5 Februari hingga 11 Februari bagi menyertai 'tunggangan kemanusiaan' yang bertujuan membantu orang tua dan yang kurang berkemampuan.



Acara itu dianjurkan oleh Ghifari Event Management.



Apabila dihubungi TNP, pengendalinya, Encik Razib Ibrahim - yang tidak menyertai rombongan itu - berkata beliau tidak diberitahu tentang kejadian tersebut.



Namun Encik Razib, selepas bercakap dengan penganjur acara itu berkata ia adalah kejadian kecil dan berkata pihak berkuasa sedang menguruskan perkara itu.



Kata Encik Razib: "Penganjur acara itu memberitahu saya satu insiden kecil berlaku di sana, tetapi tidak sehingga menyebabkan kematian.



"Beliau memberitahu saya bahawa pihak berkuasa sedang menguruskan keadaan dan ia adalah isu kecil."



Menurut Encik Razib lagi, yang enggan mengulas lebih lanjut, beliau tidak mengenali wanita itu dan beliau seorang rakan penganjur.



Menurut laporan TNP itu lagi, motosikal wanita itu boleh dilihat di luar hotel Le Grand Palais - yang terletak berhampiran pasar utama di kota Phnom Penh - selepas kemalangan itu.



Motosikal yang rosak itu mempunyai bahagian depan yang tertanggal, yang dipercayai sepadan dengan bahagian motosikal dengan logo BMW yang ditemui di tempat kemalangan berlaku.



Gambar-gambar kegiatan rombongan itu di Kemboja dimuat naik ke Facebook Ghifari, termasuk video yang menunjukkan warga Kemboja mengucap terima kasih kepada warga Singapura yang menghulur bantuan.



Namun, pemeriksaan TNP menunjukkan bahawa laman Facebook milik penganjur kumpulan penunggang motosikal dan wanita itu tidak lagi aktif.



Saksi berkata penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu memakai baju berwarna kuning, menurut laporan Combodia News English (CNE).



Menurut TNP, CNE telah menunjukkan gambar penganjur rombongan dan wanita itu memakai baju kuning dengan lengan baju berwarna hitam.



Adalah difahamkan, kata TNP kelmarin, pihak berkuasa Kemboja belum menghubungi pihak berkuasa di sini untuk meminta bantuan berkenaan perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >