Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di NZ: Warga Singapura dihukum tahanan dalam rumah, denda $25,000 dan kerja masyarakat

Jun 03, 2016 | 02:20 PM



SEORANG warga Singapura yang terlibat dalam kemalangan maut ketika bercuti di New Zealand dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah empat bulan dan kerja kemasyarakatan 200 jam.



Lew Wei Kiong, 30 tahun, juga dilarang memandu dan diarah membayar NZ$27,000 ($25,400) kerana menyebabkan kecederaan emosi, lapor stuff.co.nz.



Dia sedang bercuti dengan seorang rakan sekerja wanitanya di Pulau Selatan New Zealand pada 29 Nov tahun lepas apabila Toyota Corolla sewa yang dipandunya menyebabkan kemalangan empat kenderaan.



Kemalangan di lebuh raya negeri di North Otago, kira-kira 20 kilometer ke selatan Oamaru, itu mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal berusia 39 tahun, Encik Craig Alan Chambers.



Ketika menjatuhkan hukuman pada Jumaat (3 Jun), Hakim Kevin Phillips di Mahkamah Daerah Dunedin berkata keletihan yang digabungkan dengan kelajuan adalah "gabungan maut".



Beliau berkata Lew tertidur ketika memandu dan tidak dapat ingat apa yang berlaku.



Lew, yang bekerja sebagai penganalisis kanan di Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), mengaku bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dan tiga pertuduhan lain memandu secara berbahaya menyebabkan kecederaan



Menurut stuff.co.nz, isteri Encik Chambers, Cik Nicola, memberitahu Lew di mahkamah pada Jumaat bahawa "anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjadikan anak saya yatim dan saya janda".



"Kami sepatutnya tua bersama-sama. Anak kami berasa sangat kehilangan dan sedih," beliau dipetik sebagai berkata.



Lew dikatakan melintasi garisan kuning ke dalam lorong memotong arah ke utara pada satu ketika.



Keretanya merempuh sekumpulan enam kenderaan. Lima orang turut cedera dalam kemalangan itu, termasuk rakan sekerja Lew yang berusia 31 tahun, yang dilaporkan cedera parah dan dimasukkan ke hospital selepas penyelamat terpaksa membebaskan beliau dari bangkai kereta tersebut.



Rakannya itu pulang ke Singapura bulan berikutnya bagi rawatan lanjut. Jurucakap EMA berkata pada Januari lalu bahawa beliau sedang pulih dengan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >