‘TRENDING’ DI BERITAHARIAN.SG
Nahas di SLE; Jatt, Hady jaya ke final Gegar Vaganza dapat perhatian
Dec 19, 2019 | 05:30 AM
BERITA kemalangan penunggang motosikal yang menemui ajal di Ekspreswe Seletar (SLE) mendapat perhatian pembaca Berita Harian (BH) baru-baru ini.
Mangsa, seorang lelaki berusia 45 tahun meninggal dunia Isnin lalu setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta dan satu treler di SLE.