Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas e-skuter: lelaki dijel kerana sebabkan kematian warga tua

May 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG penunggang e-skuter yang e-skuternya tidak memenuhi syarat pemerintah telah melanggar penunggang basikal tua pada 2019 dan menyebabkan kematiannya, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 minggu semalam.



Warga Malaysia Hung Kee Boon, kini 22 tahun, mengaku bersalah awal bulan ini atas kelakuannya yang terburu-buru dan menyebabkan kematian Cik Ong Bee Eng.



Penduduk Tetap (PR) itu juga telah mengaku menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak memenuhi peraturan pemerintah, dan ia satu kesalahan di bawah Akta Mobiliti Aktif.



Satu lagi tuduhan yang didakwa ketika dihukum ialah menunggang PMD yang tidak didaftar di jalan awam.



Sebelum menjatuhkan hukuman semalam, Hakim Daerah Victor Yeo menyatakan bahawa ini adalah kes pertama di mana seorang pengguna PMD menyebabkan kematian orang lain atas tindakan terburu-buru mereka.



Beliau juga mengatakan bahawa Hung telah menunggang secara "merbahaya" dengan "kelajuan yang melampau".



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dillon Kok sebelumnya berkata e-skuter Hung "sangat tidak patuh peraturan pemerintah", dan menekankan bahawa berat e-skuter itu, kelajuan dan lebar maksimumnya melebihi had yang dikenakan pada PMD di bawah undang-undang.



Misalnya, beratnya adalah 44.2 kilogram, lebih dari dua kali ganda berat yang dibenarkan iaitu 20 kilogram.



Selain itu, DPP Kok juga mengatakan Hung telah membeli e-skuter pada Oktober 2018, "setelah peraturan sekatan mengenai PMD... mulai berkuatkuasa pada 1 Mei 2018".



"Ini bermakna bahawa pesalah mengetahui sepenuhnya ketika pembelian e-skuter bahawa e-skuternya itu tidak memenuhi syarat yang diberikan dan tidak dapat digunakan di tempat awam," tambahnya.



Hung menunggang e-skuter di laluan berbasikal berhampiran Blok 539 Bedok North Street 3 dengan kelajuan yang dianggarkan antara 27 dan 43 kilometer sejam, sejurus sebelum kemalangan itu berlaku sekitar 10.20 malam pada 21 September 2019.



Had kelajuan di laluan basikal adalah 25 kilometer sejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >