Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas e-skuter: Pelajar poly dikena perintah tahanan dua minggu

Jul 18, 2018 | 05:30 AM



SEORANG pelajar politeknik diperintahkan menjalani penahanan singkat selama dua minggu semalam setelah melanggar pejalan kaki ketika menunggang e-skuter, menyebabkan pejalan kaki itu cedera parah di bahagian otak.



Ini bermakna Nicholas Ting Nai Jie perlu ditahan dalam penjara, namun dia akan tidak mempunyai rekod jenayah selepas dibebaskan.



Dia juga diperintahkan melaksanakan 100 jam perkhidmatan masyarakat.



Ibu tiga anak, Cik Ang Liu Kiow, 55 tahun, berada dalam keadaan koma selama sebulan dan suaminya memberitahu akhbar The Straits Times dalam wawancara berikutnya bahawa suri rumah itu tidak lagi dapat mengingati masa lalu mahupun mengekspresikan dirinya dengan baik.



Ting, 19 tahun, mengaku bersalah bulan lalu kerana menyebabkan kecederaan parah ke atas Cik Ang ketika menunggang e-skuternya dengan cara yang cuai.



Pada 17 September 2016, Ting menaiki e-skuternya dengan teman wanitanya menuju ke Kelab Masyarakat Pasir Ris East.



Arahan pada manual e-skuternya telah memberi amaran agar tidak menunggang dengan penumpang, namun dia mengabaikannya.



Menurut akhbar The Straits Times, remaja itu melakukan perjalanan sekitar 15 kilometer pada laluan pejalan kaki di sepanjang Pasir Ris Drive 1 apabila dia menghampiri perhentian bas.



Mahkamah diberitahu bahawa dia gagal mengawas dengan betul dan tidak mengurangkan kelajuan ataupun membunyikan hon walaupun terdapat pejalan kaki di kawasan itu.



Apabila Cik Ang melangkah ke jalan di hadapan perhentian bas, Ting menekan brek, tetapi sudah terlambat.



Penolong Pendakwa Raya Dillon Kok berkata: "Pelanggaran e-skuter itu memberi kesan pada bahagian kiri mangsa, menyebabkan beliau jatuh dan kepalanya terhentak di atas tanah. Selepas dilanggar, mangsa duduk di ruang pejalan kaki dan kelihatan tercengang.



"Beliau dibantu oleh pejalan kaki untuk berehat di tempat duduk di perhentian bas. Diperhatikan bahawa matanya terbuka tetapi beliau tidak memberikan respons. Beliau juga memuntahkan cecair kekuningan beberapa kali."



Ting dan teman wanitanya kekal di tempat kejadian dan memaklumkannya kepada polis. Ambulans menghantar Cik Ang ke Hospital Besar Changi, dan beliau didapati mengalami pendarahan otak.



Pada 1 Mei lalu, undang-undang baru yang mengawal penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) seperti e-skuter telah diperkenalkan.



Sebagai sebahagian daripada Akta Mobiliti Aktif, basikal yang menggunakan kuasa ini tidak dibenarkan di laluan pejalan kaki, manakala e-skuter dilarang di jalan awam. Kelajuan dibataskan kepada 15 kilometer di laluan pejalan kaki dan 25 kilometer di penyambung taman dan laluan berkongsi.



Pesalah kali pertama yang melanggar peraturan penggunaan dan batas kecepatan mungkin didenda hingga $1,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan, atau kededuanya.



Ting boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000 kerana menyebabkan kecederaan yang teruk akibat kecuaiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >