Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas kaca pecah di ION Orchard pada hari pertama pembukaan semula

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



PUSAT beli-belah ION Orchard dibuka semula semalam setelah diarah tutup dari Sabtu hingga Selasa selepas sejumlah kes Covid-19 dikaitkan di situ.



Namun, satu kemalangan berlaku apabila sekurang-kurangnya seorang pekerja runcit cedera setelah sebuah pintu panel kaca pecah.



Lelaki tersebut, yang merupakan kakitangan kedai jenama Bobbi Brown, mengalami luka di lengannya.



Tiga pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat tiba di tempat kejadian sekitar 11.20 pagi.



Seorang jurucakap SCDF berkata ia menerima panggilan untuk memberi bantuan di ION Orchard pada sekitar 11.10 pagi, dan seorang lelaki telah dibawa ke Hospital Besar Singapura.



Sebelum kejadian, kakitangan kedai di ION Orchard dilihat sibuk mengemas barang-barang mereka dan membuat persiapan untuk menerima pelanggan kembali setelah penutupan selama empat hari bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.



Pusat beli-belah itu diarah tutup selama empat hari oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



Ia dibuka semula kepada pelanggan sekitar 10 pagi. Namun, tidak semua 400 kedai yang ada di situ dibuka pada masa yang sama.



Butik fesyen mewah Britain, Burberry dan kedai serbaneka Jepun, Muji adalah antara yang masih ditutup.



Pihak pengurusan ION Orchard berkata hanya kedai di mana kakitangannya telah menjalani ujian swab dan didapati negatif dibenarkan untuk dibuka semula.



Dalam kenyataannya, mereka juga akan meneruskan langkah-langkah pembersihan, yang telah dilaksanakan sejak awal Covid-19, sesuai dengan panduan pemerintah.



Ini termasuk membersihkan tempat yang sering disentuh di kawasan umum pusat beli-belah seperti butang lif, selusur serta panel pintu automatik.



Tandas akan dibersihkan dengan rapi menggunakan pembasmi kuman, mempunyai penyaluran udara yang beroperasi setiap masa, dan memastikan ruang udara turut dinyahjangkit.



Pusat beli-belah itu juga akan menjalankan kerja pembersihan dalaman setiap malam.



Pensanitasi tangan juga disediakan di setiap pintu masuk, lif dan Kaunter Concierge.



Pihak pegurusan pusat beli-belah itu berkata:



"ION Orchard akan terus memberi tumpuan kepada keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, pelawat, dan kakitangan di sini, dan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa mengenai langkah pencegahan tambahan yang diperlukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >