Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas lif: Majlis bandaran akan periksa rekod aduan

lif
May 18, 2016 | 12:01 PM



MAJLIS Bandaran Pasir Ris-Punggol akan memeriksa rekodnya untuk melihat apakah aduan mengenai kes salah jajaran lif pernah dibuat dan apakah sebarang tindakan telah diambil, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, pada Selasa (17 Mei).



Encik Zainal, pengerusi majlis bandaran tersebut, juga berkata lif yang mempunyai masalah itu akan diperiksa lagi.



Ini selepas seorang penduduk berusia 77 tahun meninggal dunia di hospital pada Isnin selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk lantai dalam kemalangan lif di Blok 247, Pasir Ris Street 21, pada Ahad.



Encik Lim Hang Chiang sedang berundur keluar dari lif di lobi lif apabila skuter mobiliti yang beliau gunakan terbalik kerana lif itu tidak separas dengan lantai lobi.



Encik Zainal berkata: "Saya bimbang selepas mendapat tahu penduduk lain mungkin telah mengemukakan aduan sama sebelum ini. Saya telah meminta pegawai majlis bandaran melihat rekod maklum balas. Kami masih menyiasat."



Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) telah menggantung lif itu, Lif A, dan mengarahkan majlis bandaran melantik pemeriksa yang diluluskan bagi memeriksanya.



Pakar lif berkata salah jajaran lif yang boleh diterima dalam piawaian industri ialah antara 6mm hingga 10mm.



Lif yang Encik Lim gunakan tersalah jajar kira-kira 15 cm di atas lantai lobi apabila pintunya terbuka.



Menurut seorang jurutera lif, Encik Kok Peng Koon, 80 tahun, terdapat sensor di setiap tingkat dalam syaf lif bagi memastikan kereta lif berhenti pada paras betul.



"Sesuatu mungkin telah berlaku pada keadaan atau kedudukan sensor itu," katanya mengenai lif di Pasir Ris itu.



Menurut akhbar The Straits Times, beberapa penduduk berkata kedua-dua lif di Blok 247 telah menunjukkan tanda-tanda salah jajaran apabila ia berhenti di tingkat yang berbeza.



Seorang eksekutif akaun, Cik Iris Heng, 40 tahun, pula berkata masalah itu juga berlaku di Blok 245, tempat beliau tinggal, kira-kira dua bulan lalu.



AP Dr Teo Ho Pin, pengerusi penyelaras majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata semua lif HDB di bandar-bandar PAP "sentiasa dijaga dan diselenggara" mengikut piawaian Singapura dan Eropah.



"Keselamatan penduduk kami adalah keutamaan kami," kata Dr Ho. "Kami pasti akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian itu dan memastikan segala yang mungkin akan dilakukan bagi mengelak kejadian itu berulang."



Encik Zainal, yang menziarahi keluarga Encik Lim pada Selasa, juga memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.



"Kami akan menyokong mereka (keluarga Encik Lim) dalam apa jua cara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >