Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas LRT di Malaysia: Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman janji akan letak jawatan, mohon maaf kerana berseloroh, kurang empati di sidang media

May 26, 2021 | 02:08 PM



Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan meletak jawatan dan memohon maaf kerana berseloroh dan tidak menunjukkan empati di sidang media yang diadakan selepas nahas kereta api LRT di Kuala Lumpur, kata mantan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.



Datuk Najib, yang juga bekas presiden Umno,  berkata beliau telah menelefon Datuk Tajuddin pada Rabu (26 Mei) untuk menegur dan menasihati ahli parlimen Umno itu.



“Beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh. Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV,” kata Datuk Najib.



Klip video yang menunjukkan hujah Datuk Tajuddin di sidang media itu menjadi tular di media sosial, dengan sebahagian warganet menggesa beliau meletak jawatan.



Menurut Datuk Najib, Datuk Tajuddin telah berjanji akan meletak jawatan sebaik sahaja Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengarahkan semua ahli Umno untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai, sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunann Agung Umno (PAU) beberapa bulan lalu.



“Saya berterima kasih pada YB Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya,” “kata Datuk Najib.



Enam penumpang berada dalam keadaan tenat menyusuli kemalangan yang melibatkan dua kereta api LRT yang bertembung di Kelana Jaya pada lewat malam 24 Mei.



Siasatan awal menunjukkan kecuaian manusia sebagai angkara kemalangan itu, yang menyebabkan puluhan mangsa dikejarkan ke hospital.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pada ketikat itu, berkata bantuan khas sebanyak RM1,000 ($320) akan diberikan kepada 213 mangsa yang terbabit kemalangan itu.  Prasarana juga akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.



Semalam,  Datuk Najib berkata Prasarana akan menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang cedera dari RM1,000 ke jumlah yang lebih memuaskan. 



“Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa,” kata Datuk Najib, yang berkata Prasarana turut akan membantu mangsa menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans privet bagi pekerja.



Datuk Najib juga berkata Datuk Tajuddin telah berjanji untuk memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa.



Prosedur keselamatan yang dipertingkat juga akan dilaksanakan secepat mungkin untuk mengelak kejadian serupa berulang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >