Nahas Lucky Plaza: Lebih $80,000 dikumpul buat mangsa, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Nahas Lucky Plaza: Lebih $80,000 dikumpul buat mangsa

Dec 31, 2019 | 11:53 AM

LEBIH $80,000 telah dikumpul buat mangsa warga Filipina dalam nahas di Lucky Plaza kelmarin (29 Disember), dalam masa sehari.

Pusat Pekerja Domestik berjaya mengumpulkan sekitar $86,000 daripada 700 penderma sehingga 11.35 pagi Selasa, menurut laman web Giving.sg.

Kesemua wang yang dikumpul itu akan disalurkan kepada empat pembantu rumah yang cedera serta keluarga dua lagi pembantu rumah yang maut akibat kemalangan tersebut.

Kelmarin, kesemua wanita itu sedang berkumpul di laluan pejalan kaki di Nutmeg Road belakang Lucky Plaza apabila sebuah kereta Honda hitam tiba-tiba menuju ke arah mereka dan melanggar mereka serta pagar besi di situ lalu terhempas beberapa meter ke jalan raya dekat laluan keluar dari tempat letak kereta pusat beli-belah itu.

Difahamkan, mangsa berada di laluan pejalan kaki dan turut jatuh beberapa meter ke bawah apabila dilanggar kereta itu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pasangan adik-beradik – Cik Arlyn Nucos, 50 tahun, yang terkorban, dan Cik Arceli Nucos, 56 tahun, yang cedera – merupakan antara mangsa kemalangan itu.

Seorang lagi teman mereka, Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun, turut terkorban.

* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map