Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas maut di BKE: Pemandu van dituduh sebabkan kematian 2 penunggang motosikal

Mar 13, 2017 | 11:27 AM



SEORANG pemandu van berusia 24 tahun didakwa pada Isnin (13 Mac) atas dua tuduhan menyebabkan kematian dua penunggang motosikal dengan melakukan perbuatan gopoh dalam satu kemalangan di Expreswe Bukit Timah (BKE) pada Sabtu (11 Mac).



Koh Boon Ping, seorang warga Singapura, ditangkap pada Sabtu selepas van itu melanggar beberapa penunggang motosikal yang sedang berlindung di bawah sebuah jejambat di BKE.



Lesen memandunya digantung serta-merta.



Koh, yang berpakaian kemeja-T hijau dengan rambut dicelup, ditawarkan ikan jamin $15,000.



Dia didakwa menyebabkan kematian dua rakyat Malaysia, Encik Loke Whay Mam, 50 tahun, dan Encik Lim Chun Hong, 34 tahun, kerana gagal berhati-hati semasa memandu di BKE arah ke Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3.50 petang hari itu.



Dokumen mahkamah mengatakan dia merempuh dua lelaki itu ketika mereka berdiri di sisi motosikal mereka di bahu jalan.



Sebuah klip video selama satu setengah minit, yang disebar dengan meluas, menunjukkan enam lelaki terbaring di jalan raya.



Seorang daripada mereka tercampak melepasi pagar di tepi jalan. Dua orang terbaring bergerak-gerak di atas jalan raya dalam keadaan berdarah.



Encik Loke dan Encik Lim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Enam penunggang motosikal lain yang cedera dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.



Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac.



Jika didapati bersalah menyebabkan kematian dengan melakukan perbuatan gopoh, Koh boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan/atau denda bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >