Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas maut: Lebih ramai kakitangan SMRT dikenakan tindakan disiplin

Sep 16, 2016 | 08:40 AM



LEBIH ramai pekerja SMRT, termasuk "pengurusan kanan", dikenakan tindakan disiplin kerana peranan mereka dalam kemalangan landasan pada 22 Mac yang mengorbankan dua pelatih.



Dalam mesej mel dalaman kepada kakitangan pada Rabu (14 Sep), Pengarah Urusan SMRT Trains, Encik Lee Ling Wee, berkata dua pekerja dibuang kerja dan beberapa yang lain didisiplin.



"Selain dua pemecatan, surat amaran lisan dan bertulis dikeluarkan terhadap kakitangan beberapa gred," tulis Encik Lee.



Beliau juga merujuk kepada tindakan memotong gaji dan, mungkin, menurunkan pangkat.



"Gred prestasi individu ditentukurkan semula ke bawah merangkumi pelbagai peringkat pasukan Kereta api, termasuk pengurusan kanan," katanya.



Komunikasi Encik Lee menyusuli laporan media pada Rabu bahawa dua pekerja SMRT dibuang kerja berkaitan kemalangan maut pada 22 Mac lalu, termasuk pemandu kereta api yang melanggar dua pelatih.



Dalam nahas tersebut, Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun, maut dilanggar kereta api dari arah depan semasa bersama kumpulan 15 kakitangan yang berada di landasan berhampiran stesen Pasir Ris.



Difahamkan bahawa pemandu kereta api itu mungkin tidak melihat para pekerja tersebut, dan, jika beliau melihat mereka, tidak membunyikan hon seperti yang dikehendaki. Menurut sumber, kereta api tersebut menukar landasan sejurus sebelum melanggar para pekerja itu. Pemandu kereta api tidak mempunyai kawalan ke atas penukaran landasan.



Difahamkan bahawa seorang pengawal kanan Pusat Kawalan Operasi juga berhenti kerja berikutan kemalangan itu.



Dalam mesej mel kepada kakitangan, Encik Lee berkata proses disiplin SMRT berpatutan dan tindakan buang kerja pernah diambil sebelum ini bagi pelanggaran keselamatan.



"Kami melakukan ini dalam usaha penuh tidak mahu mengulangi lagi kesilapan keselamatan," katanya.



Encik Lee juga berkata sembarang anggota kakitangan, tanpa mengira pangkat, boleh "meminta kerja dihentikan sementara jika mereka berasa keselamatan dikompromi".



SMRT berkata pada April kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan.



Beberapa kesilapan berlaku, termasuk membenarkan kereta api berulang alik dalam mod automatik sedang pekerja berada di landasan, tidak mengerahkan pengawal untuk memantau kereta api yang menghampiri, dan gagal memberi amaran awal kepada pasukan kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >