Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas maut pelajar NUS: Drebar pecut didenda $5,000

Pemandu juga dilarang memandu dua tahun bagi kemalangan pada 2018
Dec 05, 2020 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang memandu keretanya melebihi had kelajuan dan menyebabkan seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) maut didenda $5,000.



Keretanya bertembung dengan sebuah teksi yang dinaiki mahasiswa tersebut, dalam nahas yang berlaku dua tahun lalu itu.



Pemandu itu, Ng Li Ning, 24 tahun, juga dilarang memandu semua kategori kenderaan selama dua tahun.



Dia diperintahkan sebuah mahkamah daerah membayar denda itu pada 27 November, selepas mengaku bersalah memandu pada kelajuan yang membahayakan awam - antara 83 kilometer sejam (ksj) dengan 92 ksj - meskipun had kelajuan di jalan raya itu ialah 70 ksj.



Di bawah undang-undang, bagi kesalahan itu, pesalah pertama kali boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $10,000.



Pada 19 April 2018, pemandu teksi Yap Kok Hua, 56 tahun, mengambil empat penumpang dari Clementi Mall sekitar 7.30 petang.



Antara penumpangnya ialah mahasiswa NUS Kathy Ong Kai Ting, 19 tahun, dan Ting Jun Heng, kini 23 tahun.



Kumpulan itu menghala ke Kolej Tembusu di NUS.



Sejurus kemudian, Yap memutuskan membelok kanan di simpang berlampu trafik di Clementi Road, meskipun sedar sebuah kereta - yang dipandu Ng - sedang bergerak ke arahnya dengan pantas dari arah bertentangan.



Dua kereta itu bertembung dan Cik Ong dikejarkan ke hospital tetapi beliau meninggal dunia akibat beberapa kecederaan pada malam itu.



Tiga penumpang lain, semuanya lelaki, selemat tetapi Encik Ting, yang mengalami kecederaan otak, kini tempang dan mempunyai masalah pertuturan.



Yap, yang tidak lagi bekerja sebagai pemandu teksi, dihukum penjara lapan minggu dan digantung memandu selama lima tahun pada 2 Ogos tahun lalu.



Dia mengaku bersalah memandu secara cuai dan menyebabkan kematian Cik Ong dan menyebabkan kecederaan teruk ke atas penumpang lain.



Namun, tindakan guaman terhadap Ng dan Yap belum berakhir. Encik Ting menyaman mereka kerana berkelakuan cuai.



Pada 2 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Yap bertanggungjawab 65 peratus bagi kemalangan itu dan Ng 35 peratus.



Hakim Aedit Abdullah berkata pada waktu itu bahawa keutamaan diberi kepada kenderaan yang ingin bergerak terus dan Yap bertanggungjawab mengamati keadaan jalan raya dan membuat keputusan sewajarnya sebelum membelok.



"Jika ada sebarang keraguan apakah keadaan selamat, (Yap) harus menanti hingga kenderaan bertentangan berlalu atau berhenti dan menunggu hingga lampu trafik belok kanan bernyala," kata beliau.



Hakim Aedit berkata Yap tidak berbuat demikian dan mengekori sebuah kenderaan lain yang telah membelok dan tidak bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.



Beliau juga mendapati Ng gagal memerhati keadaan sewajarnya, dan berkata beliau seharusnya berjaga-jaga di jalan raya, meskipun mempunyai keutamaan untuk terus bergerak.



Hakim Aedit juga menolak hujah Ng dan Yap bahawa Encik Ting juga cuai, kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Menurutnya, tiada bukti bahawa kecederaan yang dialami Encik Ting hanya boleh berlaku kerana beliau tidak memakai tali pinggang keledar.



Jumlah wang pampasan yang diputuskan bagi Encik Ting akan ditentukan di satu perbicaraan berasingan dan akan ditanggung oleh penyedia insurans Ng dan Yap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >