Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas pesawat China Eastern Airlines: Pemimpin S'pura kirim ucap takziah

Mar 25, 2022 | 05:03 PM



PEMIMPIN Singapura telah menyampaikan ucap takziah kepada Presiden Republik China, Encik Xi Jinping, dan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, melalui utusan surat atas nahas pesawat MU5745 China Eastern Airlines baru-baru ini.



Menulis kepada Encik Xi, Presiden Halimah Yacob berkata beliau teramat sedih selepas mendengar tentang pesawat yang terhempas itu pada 21 Mac lalu.



“Bagi pihak rakyat Singapura, saya ingin mengucapkan takziah kepada rakyat China dalam tempoh mencabar ini,” kata beliau.



“Fikiran kami bersama keluarga dan orang tersayang yang terlibat dalam tragedi ini,” tambahnya dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) kepada media pada Jumaat (25 Mac).



Menulis kepada Encik Li pula, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, berkata:



“Dengan penuh kesedihan saya menerima berita tentang nahas pesawat MU5735 pada 21 Mac 2022 China Eastern Airlines pada 21 Mac 2022.



“Dari pihak pemerintah Singapura, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang yang menaiki pesawat itu.”



Encik Lee juga meluahkan rasa simpati terharap rakyat China dalam tempoh sedih itu.



Pesawat MU5345, jenis Boeing 737-800 pada Isnin lalu terbang mengikut laluan biasa dari kota Kunming, Selatan-Barat China, menuju ke Guangzhou apabila tiba-tiba ia menjunam dan terhempas.



Pada Jumaat, hari keempat gerakan pencarian dan menyelamat dilaksana, cuaca mula reda selepas usaha tersebut ditimpa hujan lebat di kawasan tersebut dan kawasan selatan lain China hingga menyebabkan usaha mencari bertambah sukar.



Agensi berita China, Xinhua News Agency berkata semalam, kotak hitam kedua pesawat berkenaan masih belum ditemui.



Pegawai penyelamat telah menemui satu daripada dua kotak hitam Rabu lalu.



Menulis kepada ahli Majlis Negara dan Menteri Ehwal Luar China, Encik Wang Yi, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, berkata: “Harap menerima sepenuhnya simpati saya ke atas nahas Pesawat MU5735 China Eastern Airlines pada 21 Mac 2022.



“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga terjejas dan juga mereka yang kehilangan orang tersayang dalam pesawat itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >