Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas PIE: Ibu rebah dapat berita anak maut

Korban kedua dikatakan rapat dengan ibu yang juga kerja di S'pura
Apr 25, 2021 | 05:30 AM



TIDAK seperti pekerja migran lain, yang biasanya sendirian di Singapura, Encik Sugunan Sudheeshmon berasa bertuah dapat bertemu ibunya, yang juga bekerja di sini sebagai pembantu rumah, pada masa-masa tertentu.



Warga India asal Kerala itu, yang mula bekerja di sini tiga tahun lalu, dikatakan rapat dengan ibunya, Cik Sugunan Shanti dan tiba di Singapura untuk bekerja sekitar setahun lalu, menurut akhbar Lianhe Zaobao.



Apabila mendapat tahun anaknya, salah seorang daripada 17 pekerja migran terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) Selasa lalu, telah meninggal dunia di hospital, Cik Shanti terus rebah.



Encik Sudheeshmon mangsa kedua terkorban dalam kemalangan antara lori yang membawa pekerja migran itu dan sebuah lori jongket tidak bergerak itu.



Beliau dimasukkan ke hospital selepas nahas itu namun keadaannya bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pagi kelmarin.



Menurut Zaobao, Encik Sudheeshmon mempunyai seorang isteri dan anak berusia setahun.



Menurut laman Facebook ItsRainingRaincoats dan Pusat Pekerja Asing (MWC), mereka kini berhubungan dengan Cik Shanti untuk menawarkan bantuan dan khidmat kaunseling.



Beliau dijangka kembali ke India semalam untuk menguruskan upacara penyemadian anaknya.



Encik Toffazal Hossain, dari Bangladesh dan berusia 33 tahun, pekerja pertama maut selepas kemalangan tersebut.



Menurut MWC, lima pekerja yang terlibat dalam kemalangan itu masih dirawat di hospital.



Seorang pekerja telah dipindahkan daripada unit jagaan rapi (ICU) ke unit pergantungan tinggi.



Ketika kejadian, pekerja migran itu dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Woodlands.



Encik Toffazal Hossain, warga Bangladesh berusia 33 tahun, pekerja pertama maut selepas kemalangan itu.



Beliau meninggalkan ibu bapanya, isteri dan anak lelaki berusia dua tahun di Bangladesh.



Pemandu lori berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai ketika memandu.



Polis diberitahu tentang kemalangan itu sekitar 6 pagi pada Selasa lalu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dua orang terperangkap di bahagian belakang lori itu dan diselamatkan menggunakan peralatan hidraulik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >