Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Naib kadi bimbing 3,000 pasangan Melayu/Islam dalam program Bersamamu

Mar 04, 2020 | 04:12 PM



NAIB kadi telah mendekati sekitar 3,000 pasangan Melayu/Islam di Singapura di bawah satu program bimbingan peribadi yang dilancarkan Julai lalu.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi perkembangan mengenai program Bersamamu itu dalam satu pos di Facebook pada Rabu (4 Mac).



“Isnin lalu, saya dan rakan saya A/P Faishal Ibrahim berpeluang bertemu dengan para naib kadi yang giat menjayakan program Bersamamu.



“Saya berbesar hati kerana para naib kadi, sebagai asatizah, ingin menggalas tanggungjawab berat ini dan menyokong pasangan sebelum dan setelah bernikah,” kata Encik Masagos.



Program Bersamamu itu dikelola Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) di bawah naungan kerjasama M Kuasa Tiga (M³) – yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); Yayasan Mendaki; dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Baca laporan lepas:



https://www.beritaharian.sg/setempat/hampir-200-bakal-pengantin-jalani-program-bersamamu-sejak-1-julai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >