Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Naib kadi terus bimbing mempelai dalam talian

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, berkata pasangan yang ingin bernikah masih dapat bimbingan dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan hasil komitmen golongan naib kadi yang mengadakan sesi bimbingan dalam talian, Bersamamu.



Lebih 5,000 pasangan melalui sesi Bersamamu antara Julai 2019 dengan Mei 2020.



Walau semasa pemutus rantaian jangkitan, 485 pasangan tetap melalui sesi bersama naib kadi itu secara dalam talian dengan menggunakan sidang video Zoom atau WhatsApp.



"Pasangan kita mengambil inisiatif ini demi untuk membina asas yang kukuh bagi perkahwinan dan keluarga masa depan mereka.



"Saya memuji usaha murni naib kadi kita di atas komitmen mereka untuk membina perkahwinan dan keluarga yang kukuh dan stabil. Bangga saya melihat bagaimana mereka telah menyesuaikan diri dengan baik dalam tempoh pemutus litar dengan mengadakan sesi Bersamamu secara dalam talian, supaya pasangan kita boleh terus menerima bimbingan dalam masa yang mencabar ini.



"Ini adalah satu lagi contoh bagaimana masyarakat kita adalah sebuah Masyarakat Gemilang, walaupun mengharungi cabaran #COVID19,'' kata Encik Masagos, dalam catatannya di Facebook.



Awal dari itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata golongan naib kadi dan pasangan yang bakal berkahwin semakin selesa menggunakan wadah dalam talian dan ingin terus menggunakannya walaupun setelah keadaan Covid-19 semakin reda.



"Kami akan pertimbangkan saranan ini,'' kata Dr Faishal.



Bersamamu merupakan inisiatif yang dimulakan oleh sekumpulan naib kadi pada Julai 2019 untuk membina perkahwinan dan keluarga yang kukuh.



Ia melibatkan sesi pertemuan antara naib kadi dengan pasangan yang akan dinikahkan.



Naib kadi akan berhubung dengan pasangan selama dua tahun selepas mereka bernikah.



Ini membolehkan naib kadi menjalin hubungan baik dengan pasangan, dan memberi nasihat perkahwinan dan keluarga yang sewajarnya.



"Ramai pasangan yang telah melalui sesi Bersamamu dapati bahawa ia membantu mereka dalam mengharungi alam perkahwinan. Mereka hargai nasihat yang dikongsi naib kadi, dan mengambil peluang untuk dapatkan penjelasan tentang isu-isu keluarga dan perkahwinan,'' tambah Dr Faishal.



Beliau menambah usaha itu perlu diteruskan agar pasangan dapat mengukuhkan perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >