Seorang lelaki, bekas naib pengetua sebuah sekolah rendah di bahagian timur laut Singapura, didakwa semalam melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang budak lelaki bawah umur pada 2003.
Lelaki itu, kini 55 tahun, dituduh mengusap kemaluan budak itu di gym sekolah, mahkamah diberitahu. Dokumen mahkamah tidak menyatakan apakah budak itu, 14 tahun, dari sekolah yang sama.