Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Naik Grab: Nak pakai, tak pakai pelitup?

Syarikat Grab galak pemandu dan penumpang pakai pelitup meski tidak wajib
Aug 29, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN pemandu dan penumpang kereta sewa dan teksi tidak diwajibkan memakai pelitup dalam kereta mulai hari ini, reaksi berbeza diperolehi dari mereka yang sebahagiannya masih ingin memakai pelitup sebagai langkah pencegahan, manakala ada juga yang menyatakan mereka tidak akan lagi memakai pelitup.



Dalam laman di Facebooknya kelmarin, syarikat khidmat kereta sewa Grab berkata: "Sebagai langkah keselamatan yang berterusan, kami ingin menggalak anda terus menggunakan pelitup sama ada anda penumpang atau pemandu.''



Mulai hari ini, penggunaan pelitup di kebanyakan kawasan tertutup tidak lagi diwajibkan sejajar dengan bilangan kes Covid-19 yang semakin reda.



Penggunaan pelitup di bas sekolah, bas swasta dan teksi tidak lagi diwajibkan, menurut Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) minggu lalu.



Kawasan yang masih memerlukan pelitup termasuk kemudahan penjagaan kesihatan, rumah jagaan penghuni dan ambulans.



Begitu juga pengangkutan awam seperti MRT dan LRT, bas awam serta kemudahan pengangkutan awam dalam kawasan tertutup. Penggunaan pelitup juga diperlukan bagi pengendali makanan bagi mengekalkan piawaian kebersihan.



Apabila Berita Harian (BH) menghubungi mereka, pendapat pemandu adalah berbeza.



"Saya akan terus pakai pelitup, kerana dah terbiasa dan juga mengambil langkah keselamatan," kata Encik Azhari Hamdan, 50 tahun seorang pemandu Grab yang belum pernah dijangkiti Covid-19.



Bagi Encik Iskandar Ishak, 47 tahun, pula, walaupun beliau juga belum dijangkiti Covid, beliau tidak mahu memakai pelitup lagi.



"Saya tidak mahu pakai pelitup lagi. Saya sudah lengkapi semua vaksin, dan saya pastikan saya bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman dan akan menyembuhkan sanitiser setiap kali penumpang turun dari kereta saya," ujarnya.



Encik Mohammad Faizal Abdul Latiff, 42 tahun, yang sudah memandu selama tujuh tahun pula teruja dengan peraturan baru yang membolehkannya membuka pelitup.



"Saya nak hidu udara segar. Kalau penumpang nak pakai pelitup, terserah!" katanya.



Dalam tinjauan rambang ke atas lebih 30 orang di media sosial, lebih 80 peratus pengguna kereta sewa menyuarakan keinginan mahu terus memakai pelitup.



Antaranya ialah Cik Hamimah Kasmin, 45 tahun yang bekerja sebagai seorang pegawai pentadbiran, di sebuah sekolah tadika.



"Walaupun tidak wajib, saya akan tetap memakai pelitup kerana rasa selamat dan terbiasa. Lagipun, saya tinggal bersama orang tua, dan bekerja dengan kanak-kanak - ia menjadi tanggung jawab untuk lebih berhati-hati," kata Cik Hamimah, yang telah menggunakan perkhidmatan kereta sewa privet dari permulaan penyebaran Covid-19 atas dasar keselamatannya dan orang sekeliling.



Namun seorang lagi warga, Cik Khatijah Joned, 52 tahun, pula berkata:



"Cukuplah dua tahun lebih! Saya tidak mahu pakai pelitup lagi. Memang saya nantikan hari keadaan kembali seperti normal. Bila pakai pelitup, saya tak boleh bernafas dengan baik."



Satu komen di ruang Facebook Grab dari pengguna telah meminta Grab menyatakan sama ada pemandu memakai pelitup atau tidak supaya penumpang dapat membuat keputusan meneruskan tempahan.




Peraturan Baru Mulai Hari Ini



  • Penggunaan pelitup tidak lagi diwajibkan di ruang tertutup kecuali kawasan berikut:

  • Kemudahan penjagaan kesihatan termasuk hospital, poliklinik, termasuk kawasan tempat makan dan runcit, serta pusat dialisis buah pinggang.

  • Rumah penjagaan kediaman termasuk rumah kebajikan dan perlindungan untuk orang tua, serta rumah orang dewasa.

  • Ambulans dan kenderaan pengangkutan perubatan

  • Kemudahan penjagaan, pusat ujian dan pusat vaksinasi Covid-19.

  • MRT/LRT dan bas awam, serta kemudahan pengangkutan awam tertutup.

  • Mereka yang bekerja sebagai pengendali makanan akan terus memakai pelitup.

Di masjid:



  • Penggunaan pelitup tidak lagi diwajibkan apabila solat atau jalani kegiatan di masjid.

  • Namun, jemaah masih digalakkan membawa telekung dan sejadah mereka sendiri apabila solat di masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >