Najib di S'pura 15-16 Jan untuk Rahat Pemimpin tahunan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Najib di S'pura 15-16 Jan untuk Rahat Pemimpin tahunan

Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju Link Johor Bahru-Singapura akan ditandatangani pada 16 Januari
Jan 14, 2018 | 06:00 PM

PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Singapura pada 15 dan 16 Januari untuk menghadiri Rahat Pemimpin Singapura - Malaysia ke-8, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam kenyataannya pada 14 Januari, Kementeria Ehwal Luar (MFA) berkata rahat tahunan ini adalah wadah penting bagi kededua perdana menteri, untuk ‘menyingkap kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala’ dan ‘mengatur hala tuju’ bagi masa depan.

Kemuncak rahat dua hari ini adalah pemeteraian Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Istana esok, yang akan disaksikan oleh Datuk Seri Najib dan Encik Lee.

Perjanjian itu akan ditandatangani oleh Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Ia membuka laluan bagi kerja-kerja binaan dimulakan bagi membina RTS Link yang pertama kali diumumkan pada 2010.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Apabila siap nanti, RTS Link akan menghubungkan Woodlands North di Singapura dengan Bukit Chagar di Johor Bahru melalui laluan darat ketiga, yang antara lain diharap dapat mengurangkan kesesakan yang kini dialami di Woodlands dan Tuas.

Stesen MRT Woodlands North itu akan dihubungkan dengan laluan MRT Thomson-East (TEL) yang sedang dibina.

“RTS Link akan membantu menambah keterhubungan, perkukuh hubungan ekonomi dan perniagaan dan mempertingkat hubungan antara rakyat,” kata MFA.

Hari ini, kededua perdana menteri akan menghadiri pembukaan rasmi projek pembangunan campuran Marina One dan DUO yang diusahakan oleh M+S Pte Ltd – syarikat yang ditubuhkan bersama oleh Temasek Holdings dan Khazanah Nasional Berhad.

“Dua projek ikonik ini akan memberikan manfaat ketara kepada kededua negara, ekoran pelaksanaan penuh Perkara Persetejuan (POA) berkenaan Tanah Kereta Api Malaya 2011,” kata MFA.

Sebelum itu, setibanya di Singapura, Datuk Seri Najib akan mengunjungi Presiden Halimah Yacob di Istana esok.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map