Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Najip kesal, mohon maaf lawak singgung perasaan

Pengacara cetus kemarahan kerana persenda PM Malaysia dalam rancangan OK Chope!; tidak lagi jadi juri Maharaja Lawak Mega
Apr 06, 2017 | 05:30 AM



PENGACARA televisyen Singapura Najip Ali amat menyesali lawak spontannya yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam sebuah rancangan tempatan telah menyinggung penonton seberang.



Dalam kenyataan maafnya yang die-mel kepada Berita Harian (BH) semalam, Najip, 52 tahun, berkata walaupun beliau terlibat dalam dunia TV dan hiburan selama lebih 30 tahun, insiden itu menyedarkan bahawa beliau harus sentiasa peka dengan tindak-tanduknya.



Dalam rancangan OK Chope! terbitan Mediacorp episod minggu lalu, Najip, bersama teman-teman pelawak Mike Kasem, Sam See dan Rishi Budhrani, dicabar memberi frasa secara spontan, mengisi tempat kosong bagi sebaris ayat yang merujuk kepada Datuk Najib. Rancangan dihoskan oleh deejay Venetta Lopez.



Komen spontan daripada pelawak itu telah menyinggung penonton Malaysia yang meluahkan pendapat di sosial media. Persatuan Seniman dari negara jiran itu juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Mediacorp memohon maaf.



Kata Najip: "Saya harus lebih peka tentang kata-kata dan tindak-tanduk saya dan saya tidak seharusnya memperkecilkan kesan sebarang pertunjukan yang dibuat di hadapan ramai penonton, baik di TV ataupun di pentas.



"Melihat semula kepada komen dalam rancangan itu, saya faham bagaimana kata-kata saya telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia rasa terguris. Saya dengan rendah dirinya meminta maaf kepada Perdana Menteri yang dihormati Datuk Seri Najib, penonton rancangan tersebut dan rakan yang saya hampakan.



"Saya sedar bahawa di masa hadapan saya seharusnya lebih peka tentang bagaimana kata-kata dan tindakan saya boleh menjejas orang lain.



"Di sini saya memohon ampun dan maaf. Saya mengharapkan permohonan maaf yang ikhlas ini diterima dengan ketulusan dan hati terbuka. Maafkan saya."



Dalam pada itu, Najip memberitahu bahawa beliau tidak akan terlibat lagi dalam rancangan Maharaja Lawak Mega sebagai antara anggota juri tetap untuk baki tujuh episod akan datang sebelum peringkat akhir.



Beliau telah menganggotai juri rancangan popular itu sejak tiga musim lalu.



Dalam rancangan yang disiarkan secara langsung setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna, Najip sepanjang tujuh minggu lalu membuat ulasan persembahan lawak bersama anggota juri lain seperti pelakon Datuk Rosyam Noor, Neelofa dan Luna Maya dari Indonesia.



Apabila BH menghubungi Astro untuk mendapatkan kepastian pengakuan Najip yang tidak akan terlibat lagi dalam rancangan itu, seorang jurucakapnya berkata "tiada kenyataan dari pihak Astro".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >