Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak ambil gambar bunga api tahun baru? Ini tempatnya.

Dec 22, 2018 | 03:51 PM



MEMANG pertunjukan bunga api tahun baru merupakan tarikan utama bagi ramai semasa acara Marina Bay Singapore Countdown sempena meraikan ketibaan tahun baru. 



Anda boleh berbelanja untuk sewa hotel yang tinggi atau menaiki Singapore Flyer untuk menyaksikan pertunjukan itu, namun masih terdapat tempat-tempat di mana anda masih boleh menyaksikan pertunjukan itu dan pada masa yang sama...tidak perlu bayar satu sen pun! 



1) ESPLANADE WATERFRONT 

1 Esplanade Drive 

Stesen MRT berdekatan: Esplanade



Jika anda tidak kisah orang ramai yang berpusu-pusu ingin dapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan pertunjukan bunga api itu, kawasan Esplanade Waterfront ini merupakan kawasan di mana anda dapat berada paling dekat dengan bunga api. 

Anda juga boleh menikmati persembahan langsung dari kumpulan tempatan seperti Bloco Singapura di Teater Luar Esplanade. 



2) BLOK 233, BAIN STREET

Stesen MRT berdekatan: Bugis



Koridor di tingkat 24 flat di atas Kompleks Bras Basah menawarkan pemandangan Marina Bay dari tempat yang tinggi. 

Ia merupakan blok HDB, jadi jika anda ingin memetik gambar di sana, baik berjaga-jaga dan cuba untuk tidak mengganggu penduduk di sana. 





3) MERLION PARK 

1 Fullerton Rd



Kawasan ini mungkin akan dipenuhi jurugambar dan juga mereka yang ingin mendapatkan gambar pertunjukan bunga api tersebut. 

Mereka biasanya akan ke sana dan ‘chope’ tempat seawal 7 malam. 



4) GARDENS BY THE BAY EAST

melalui Tanjong Rhu Road

Stesen MRT berdekatan: Stadium 



Tempat yang amat popular bagi penunggang basikal, mereka yang bersenam dan juga penggemar alam semula jadi. 

Seksyen Garden by the Bay ini menawarkan pemandangan panoramik Marina Bay dan ‘skyline’ cantik sekelilingnya. 

Anda boleh berjalan kaki selama 20 minit dari Bay South Garden melalui Marina Barrage. 



5) THE PROMONTORY 

11 Marina Blvd, Singapore 018940 

Stesen MRT berdekatan: Raffles Place 



Terdapat konsert percuma yang menampilkan bakat tempatan seperti Taufik Batisah, Gentle ones, Joanna Dong dan Shabir pada malam tahun baru di kawasan ini. 

Ia juga antara tempat terbaik untuk memetik gambar pertunjukan bunga api. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >