Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dibawakan oleh NeezaNizam-SGRealEstate Strategist dari PropNex

Nak beli flat? Ukur baju di badan sendiri

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



PADA zaman dahulu, pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh meraih keuntungan tinggi apabila menjual flat mereka, hingga ada orang sanggup berpindah-randah beberapa kali.



Namun, keadaan sekarang sudah berubah.



Menurut Pengarah Divisyen Bersekutu PropNex Realty, Encik Nizam Adli, keadaan sedemikian tidak akan berulang disebabkan inflasi dan harga tanah yang tinggi.



Ini belum ditambah dengan harga pembinaan flat dan bahan yang perlu dibeli untuk membina flat tersebut.



Oleh itu, adalah penting pemilik hartanah mengambil pendekatan sesuai agar pada jangka masa panjang mereka mempunyai simpanan mencukupi bagi persaraan.



Beliau mengongsi pandangan itu dalam satu siri podcast hartanah #NoTapis terbitan Berita Harian.



 





Di samping itu, Encik Nizam menekankan pentingnya pemilik hartanah membeli hartanah sesuai dengan kemampuan sendiri.



"Pendek kata, ukur baju di badan sendiri. Tapi strategi pembelian rumah itu penting dari awal. Pilih juga membeli rumah yang dapat memberikan manfaat pada jangka masa panjang," katanya.



Beliau menambah bahawa adalah penting juga untuk pasangan mempunyai aspirasi dalam pembelian hartanah sebagai pelan simpanan.



"Umur memainkan peranan, dalam pembelian hartanah.



"Jika ada aspirasi untuk berpindah ke kondo, misalnya, anda juga perlu mempunyai aspirasi untuk meniti tangga kerjaya



"Tanamkan hasrat tersebut dari awal," nasihat beliau.



Memberikan panduan, Encik Nizam berkata sekiranya pasangan membeli Bina Ikut Tempahan (BTO), pilih flat yang mempunyai ciri-ciri baik agar ia dapat menaikkan harga rumah apabila perlu dijual kelak.



"Cuba elakkan membeli rumah di tingkat rendah, misalnya tingkat dua.



"Pilih juga ciri menarik rumah, seperti ada pemandangan dan tidak dimasuki sinar matahari," kongsinya.



Untuk mendengar lebih lanjut perkongsian Encik Nizam, anda boleh memuat turun episod ini - yang berjudul 'Rumah tak nak kalah, gaji kata 'boleh blah!' - di Spotify, sekarang!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >