Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak beli kereta? Periksa dulu senarai amaran Case

Nov 10, 2016 | 07:56 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) telah menarik perhatian mengenai satu lagi pengimport selari yang mendapat lebih 20 aduan daripada pelanggan tahun lalu, menjadikan jumlah syarikat penjual kenderaan dalam senarai amaran itu kepada lima.

Ia menerima enam aduan terhadap SG Auto, yang terletak di Ang Mo Kio Street 62, antara September dan Disember tahun lalu dan jumlah itu bertambah kepada 15 antara Januari hingga Oktober lalu.

Pengarah Eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon, menggambarkan SG Auto sebagai "satu lagi peniaga kereta yang kami sangat bimbang".

Biasanya, pelanggan SG Auto akan membayar deposit "untuk bidaan COE terjamin dan penghantaran kereta".

"Mereka diberitahu bahawa syarikat itu akan memulangkan deposit jika bidaan COE tidak berjaya dalam tempoh masa tertentu," kata Encik Seah.

"Akhirnya, syarikat itu tidak berjaya mendapatkan COE. Daripada memulangkan deposit, syarikat itu memberi pelbagai alasan untuk menangguhkannya."

SG Auto berkata aduan tersebut timbul disebabkan "salah faham", lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (10 Nov).

"Semua telah diselesaikan secara baik," kata Pengurus Besar SG Auto, Encik Glenn Koh.

Namun, Case menafikan ini, dengan berkata ada aduan kekal tidak dapat diselesaikan dan sesetengah pengguna telah memutuskan membawa perkara itu ke Tribunal Tuntutan Kecil.

Syarikat itu telah menjalankan perniagaan "hampir dua tahun", dan dikenali sebagai Gears & Miles sebelum ini.

Encik Seah berkata kes itu serupa kes melibatkan pengimport selari TLC Cars di Turf City, yang tutup kedai minggu lalu, membuat 10 pelanggan tidak mendapat kereta mereka atau kehilangan deposit.

Kes menerima lapan aduan terhadap TLC dalam tempoh dua bulan lepas daripada pengguna yang membayar deposit antara $15,000 hingga $60,000.

Syarikat penjual kenderaan lain dalam senarai amaran Case ialah:

- De Auto Boutique dan Exodus Global (41 aduan sejak Januari hingga Oktober lalu)

- SG Vehicles (30 aduan antara Januari dan November tahun lepas)

- Cars Today (12 aduan sejak November 2014).

Kesemuanya telah gulung tikar kecuali SG Vehicles, yang masih beroperasi di Bukit Merah.

Encik Seah berkata pengguna mesti "melakukan usaha sewajarnya dalam menghadapi undang-undang yang tidak mencukupi".

Beliau menasihatkan mereka membayar deposit seberapa rendah yang mungkin untuk mengurangkan risiko mereka.

Sementara itu, Case sedang mengkaji apakah akan memberi amaran mengenai pengimport selari Royal Automotive di Woodlands Close, yang mendapat 12 aduan sejak Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >