Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak elak ditipu? Hubungi 1-800-722-6688

Nov 21, 2016 | 10:21 AM



MULAI Isnin (21 Nov), orang ramai boleh menghubungi satu talian bantuan baru yang akan membantu mereka mengenal pasti penipuan.



Talian bantuan itu - 1-800-722-6688 - beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 5 petang, kecuali pada hari cuti umum.



Ia satu inisiatif yang dimulakan oleh Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC).



Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, melancarkan talian bantuan itu pada Ahad (20 Nov) di pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Musim Perayaan tahunan di Rivervale Plaza di Sengkang.



Encik Tan Kian Hoon, pengerusi NCPC, berkata penipuan berkembang pesat.



"Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada Internet, mungkin mengambil sedikit masa sebelum mereka mendengar daripada rakan-rakan mereka atau orang tersayang," katanya.



Dalam ucapannya, Encik Tan berkata dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, penduduk di Singapura ditipu hingga membayar $21 juta dalam satu penipuan melibatkan orang menyamar sebagai pegawai dari China.



Memetik angka daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Encik Tan berkata jumlah jenayah komersial bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat 9 peratus kepada lebih 4,000 kes, berbanding tempoh sama tahun lepas.



Untuk mewujudkan kesedaran, iklan televisyen yang dibintangi pelakon tempatan Li Nanxing akan mengetengahkan tiga penipuan biasa di Singapura: penipuan penyamaran, penipuan cinta Internet dan penipuan kredit untuk seks.



Dihasilkan oleh NCPC dan polis, iklan itu menyampaikan mesej antipenipuan dengan slogan: "Jangan panik. Jangan percaya. Jangan beri."



Encik Tan berkata usaha lain termasuk laman web amaran penipuan yang ditubuhkan oleh NCPC dan telah dikunjungi lebih 400,000 kali sejak 2014. Beliau berkata terdapat juga pelekat di 1,200 lif blok HDB.



Naib pengerusi NCPC, Encik Gerald Singham, berkata penduduk Singapura, terutama warga tua, cenderung percaya orang lain, dan mungkin tidak tahu siapa yang boleh dirujuk mereka jika mereka dijadikan sasaran.



Beliau berkata terdapat purata 22 mangsa penipuan setiap hari, dan kehilangan kira-kira $120,000 sehari, yang disifatkannya sebagai "membimbangkan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >