Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN LEBIH BESAR BAGI PELAJAR SPED

Nak golongan berkeperluan khas berdikari? Semua harus main peranan

Jul 29, 2022 | 05:00 AM



KELMARIN, semasa menghadiri majlis pelancaran Sukatan Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Vokasional (VE TLS) bagi sekolah pendidikan khas (Sped), banyak kisah pelajar istimewa melakukan pelbagai jenis pekerjaan dikongsikan.



Ada dalam kalangan mereka mengemas katil dan mencuci cadar terpakai di hotel, ada menjadi pelayan di kafe, ada pula membuat kraf tangan menggunakan manik berwarna-warni untuk dijual dari rumah.



Masing-masing mempunyai cara tersendiri melakar kehidupan lebih bermakna dan berdikari.



Dengan adanya VE TLS baru yang dilancarkan itu, lebih ramai pelajar Sped diharap dapat meraih manfaat daripada kemahiran praktikal dan insaniah yang bakal diterapkan dengan tujuan mempersiap mereka bagi dunia pekerjaan pascapersekolahan.



Sukatan pelajaran baru itu satu lagi langkah ke hadapan yang betul dan baik dalam usaha membolehkan golongan berkeperluan khas menjalani kehidupan lebih berdikari.



Ia harus disokong dan dirai.



Bakal dilaksana di 20 sekolah Sped mulai Januari tahun depan, VE TLS baru akan menerima pakai konsep kerja lebih luas dan lebih inklusif bagi mengiktiraf laluan kerja yang pelbagai bagi lulusan Sped.



Ini termasuk pekerjaan terlindung dan tersuai, kerja sukarela, kerja di rumah dan bekerja sendiri.



VE TLS itu juga akan mengambil pendekatan berpusatkan individu yang memberi fokus pada cara setiap pelajar boleh belajar dan menyumbang berdasarkan minat dan kekuatan masing-masing.



Selain itu, ia akan mempunyai fokus yang lebih mendalam terhadap kemahiran insaniah yang akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran seperti komunikasi, kebolehsuaian, penyelesaian masalah, dan pengurusan diri.



Penekanan baru itu amat dialu-alukan.



Kita semua sedia maklum setiap pelajar Sped mempunyai keperluan yang begitu rencam. Mereka belajar dan memahami sesuatu melalui cara berbeza dan kekuatan mereka berlainan.



Oleh itu, pendekatan yang diambil bagi mendidik dan melatih mereka juga mesti berbeza dan bersesuaian dengan tahap pemahaman serta kebolehan masing-masing pelajar.



Ini juga bererti kerja rapat antara lebih banyak pihak, termasuk guru, jurulatih pekerjaan, ahli terapi pertuturan, ibu bapa, dan pelajar, mesti wujud, dan penyelarasan serta usaha sama sedemikian bukanlah suatu yang mudah dicapai.



Banyak kerja mesti dilakukan, banyak waktu mesti diketepikan, banyak usaha perhubungan mesti diwujudkan antara pelbagai pihak demi mempersiap seorang pelajar Sped bagi kehidupan pekerjaan pascapersekolahan.



Namun, saya fikir itu semua bukan cabaran utama dalam hal ini. Bagi saya, cabaran paling besar ialah persepsi majikan dan orang ramai terhadap pekerja berkeperluan khas.



Pelbagai kementerian, sekolah Sped dan agensi sosial boleh melakukan sedaya upaya untuk menyediakan para pelajar ini bagi dunia pekerjaan, tetapi apakah majikan dan masyarakat bersedia menerima mereka sebagai sebahagian daripaa tenaga kerja?



Apakah majikan bersedia melatih mereka? Apakah rakan kerja mempunyai tahap kesabaran dan pemahaman yang diperlukan? Apakah pelanggan selesa dilayan seseorang yang 'berbeza' daripada dirinya dari segi fizikal, pertuturan dan tingkah laku?



Kita sebagai satu masyarakat perlu memikirkan perkara ini dengan teliti kerana pada akhirnya, jika kita benar-benar mahukan masyarakat inklusif, ia harus lebih daripada sekadar idea yang kita tuturkan untuk sedapkan telinga sahaja.



Lebih daripada pemerintah dan sekolah, semua anggota masyarakat - saya dan anda - perlu memainkan bahagian masing-masing dalam membantu memastikan golongan berkeperluan khas mampu hidup berdikari dan bermakna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >