TIDAK ramai yang tahu apa yang bermain di fikiran seseorang yang diuji dengan gangguan bipolar. Dari kaca mata ramai, si pesakit berkelakuan aneh. Namun sebenarnya, ia merupakan gerak laku rumit yang payah dikawal.
Semua yang dilalui sendiri oleh mantan wartawan, Cik Yohanna Abdullah, dikupas dalam satu pementasan arahan Atin Amat bertajuk 'Naked'.