Nama Badoque dijiplak, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Nama Badoque dijiplak

Kafe di Masai, Johor, akhirnya tukar nama jadi Badok Western setelah didesak agar tidak meniru nama tanda dagangan kafe Badoque di Singapura
May 02, 2016 | 05:30 AM

SHEIKH Salim tercegat dan kehairanan apabila ternampak nama Badoque di sebuah kafe di Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, di laman Twitter.

Kemunculan Badoque itu memberi gambaran seolah-olah kafe Badoque telah membuka cawangan ketiga di Johor.

Pengarah pemasaran kafe tersebut tidak menunggu lama, lantas memaklumkan bosnya, Encik Rizal Alkhatib, yang menyangka apa yang dilihatnya dua minggu lalu di laman Twitter itu adalah suatu gurauan.

"Saya memang mempunyai rancangan melebarkan sayap ke Johor tetapi bukan sekarang. Tetapi, apabila saya teliti lebih lanjut gambar-gambarnya, saya mula berasa ini adalah suatu perkara serius."

Sheikh Salim mencelah: "Ini kes jiplak, cuba tumpang semangkuk dan terang-terang merompak di siang hari.''

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Gambar-gambar tersebut menunjukkan bangunan kafe dua tingkat di Kota Masai itu berwarna hitam dengan logo B berserta kekata Badoque Western.

Konsep hiasan salin tidak tumpah seperti Badoque di Upper Thomson - cawangan keduanya di sini.

Cuma yang berbeza ialah logo asli Badoque berwarna hijau dan tanpa kekata Western berbanding oren di kafe Kota Masai itu.

Kafe pertama Badoque yang terletak di Simpang Bedok dibuka pada Mac 2008 dan Badoque telah didaftarkan sebagai tanda dagangan (trade mark) dengan Pejabat Harta Intelektual Singapura (Ipos).

Ini bermakna tiada sesiapa yang boleh menggunakan nama yang sama di mana negara sekalipun.

Menurut Sheikh Salim, 36 tahun, pihaknya bersusah payah membangunkan Badoque sehinggalah terkenal di sini.

"Mana boleh suka-suka pakai nama Badoque kerana ini melanggar peraturan antarabangsa.

"Kami bimbang jika orang ramai salah faham dan sekiranya kafe di Kota Masai ada masalah, nama baik Badoque di sini akan terjejas,'' tambah Sheikh Salim.

Beliau telah mendesak pemilik kafe di Kota Masai itu supaya tidak menggunakan nama Badoque kerana perbuatan tiru bulat-bulat begitu tidak beretika.

"Kami cuma minta jangan gunakan nama tanda dagangan kami. Itu saja yang kami mahu.

"Kami juga tidak mahu mengganggu perniagaan mereka. Ini soal rezeki masing-masing,'' kata Sheikh Salim yang mengesyaki pemilik kafe di Kota Masai itu adalah warga Singapura yang sering melanggani Badoque di Upper Thomson.

Ketika Berita Harian mengunjungi kafe di Jalan Mangga, Kota Masai itu, beberapa pekerja dilihat sedang memasang papan tanda baru - bulatan oren dengan huruf B dan kekata Badok Western di bawahnya.

Mereka sebelum itu telah menurunkan papan tanda lama - bulatan oren dengan huruf B dan kekata Badoque Western di bawahnya.

Pemiliknya yang mengaku warga Singapura dan menetap di Toa Payoh enggan menyebut namanya.

"Mereka suruh saya tukar... kita gentleman dan tukar daripada Badoque kepada Badok.

"Saya kena takik teruk-teruk dan diaibkan dalam laman Facebook. Saya tak mahu berselisih faham dan cari masalah dengan mereka,'' kata pemilik berusia lewat 30-an tahun itu.

Beliau mengaku menggunakan nama dan konsep Badoque kerana menyangka ia tidak menjadi masalah dan kafenya terletak di Johor.

"Saya bukan nak tarik warga Singapura ke kafe saya ini. Pelanggan saya kesemuanya penduduk di Kota Masai dan sekitarnya,'' tambah pemilik itu sambil menyatakan beliau pemilik tunggal kafe yang dibuka hampir sebulan lalu itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map