Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nama baru bagi Taman Burung Jurong, River Safari

Kini dikenali sebagai Taman Burung dan Taman Keajaiban Sungai
Oct 14, 2021 | 05:30 AM



TAMAN Burung Jurong akan diubah namanya menjadi Taman Burung sementara River Safari pula kini akan dinamakan Taman Keajaiban Sungai.



Nama-nama baru ini diumumkan sebagai sebahagian daripada pembaharuan identiti korporat Kumpulan Mandai Wildlife (MWG) yang dilancarkan semalam.



Sebelum ini, kumpulan itu dikenali sebagai Wildlife Reserve Singapura (WRS).



MWG akan menjadi identiti korporat yang mengendali operasi taman hidupan liar dan kerja pembinaan kawasan Mandai.



Dalam pelancaran semalam, WRS juga mendedahkan logo baru dan jenama bagi semua tamannya.



Bercakap kepada media semalam, Ketua Kumpulan Eksekutif Kumpulan Mandai Wildlife, Encik Mike Barclay, berkata dengan keadaan Covid-19, mereka telah menghadapi cabaran untuk teruskan kerja pembinaan.



Namun demikian, kawasan itu dijangka tetap selesai pada 2024 seperti dirancangkan, katanya.



"Kami bergelut dengan jumlah kakitangan kerana Covid-19 dan keperluan kuarantin, jadi secara amnya, terdapat kekurangan sumber kakitangan serta peralatan.



"Namun begitu, masih terdapat orang yang melakukan kerja dan kami mencapai kemajuan yang baik," kata Encik Barclay.



Taman Burung, adalah antara taman pertama yang akan dibuka di pembangunan hidupan liar yang baru di kawasan Mandai tahun hadapan.



Dengan pembaharuan identiti korporat itu, Taman Haiwan Singapura dan Taman Safari Malam yang ikonik akan mempertahankan namanya di Kawasan Hidupan Liar Mandai, kata MWG.



Apabila kerja pembinaan bagi dua taman baru - Taman Burung dan Taman Hutan Tropika - yang baru selesai nanti, kawasan Mandai akan mempunyai sebanyak lima taman hidupan liar dan akan dikenali sebagai Kawasan Hidupan Liar Mandai.



Komited terhadap visi hidupan liar dan masyarakat manusia hidup berdampingan, Encik Barclay berkata penjenamaan semula kumpulan tersebut dilakukan pada masa yang kritikal, ketika sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan perubahan iklim.



Memandang ke hadapan, beliau menambah kumpulan itu akan menggandakan komitmennya untuk mencapai masa depan lebih mapan menerusi dua entiti baru, Mandai Nature dan Mandai Global.



Mandai Nature merupakan kumpulan pemuliharaan yang ditubuhkan bersama MWG dengan Temasek pada Disember tahun lalu, yang bertujuan untuk melindungi spesis yang terancam dan melindungi dan memulihkan ekosistem seperti bakau dan padang rumput, dengan sokongan rakan pemuliharaan di rantau ini.



Mandai Global pula akan menubuhkan dan mengendali beberapa perniagaan yang dapat menyumbang kepada alam sekitar dan hidupan liar melalui eko pelancongan, hiburan pendidikan dan teknologi hijau.



"Apa yang kami ingin lakukan sekarang adalah melakukan sesuatu dengan lebih tujuan.



"Dari segi usaha pemuliharaan di taman, kita akan melihat lebih banyak usaha untuk bekerjasama dan memberi sokongan kepada apa yang diperlukan," kata Encik Barclay.



"Sekiranya kita tidak memikirkan kesan karbon, bahan buangan dan pencemaran kita, ia akan memberi tekanan lebih lanjut kepada perubahan iklim dan menjejas habitat asli yang ada di sekitaran kita," ujarnya.



Kini terdapat sebanyak 15,000 haiwan dan 1,000 jenis haiwan di Taman Haiwan Singapura, Taman Safari Malam, Taman Keajaiban Sungai dan Taman Burung.



Semasa acara pelancaran tersebut, MWG turut mengumumkan beberapa perubahan lain.



Ini termasuk pusat pemulihan baru bagi haiwan liar yang diselamatkan di Singapura di Taman Hutan Tropika yang baru, amfiteater baru di Taman Safari Malam dan Kidzworld yang diubah semula di Taman Haiwan Singapura pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >