Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBADAH HAJI DISAMBUNG SEMULA

Nanti 10 tahun untuk tunaikan haji

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS 10 tahun menanti dan terlepas peluang menunaikan ibadah haji pada 2020 ekoran pandemik, Encik Ibrahim Ahmad (gambar) berharapan besar agar dapat ke tanah suci tahun ini.



Encik Ibrahim, 61 tahun, bersama isterinya, sudah cukup bersedia untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu sekiranya terpilih sebagai antara 407 jemaah Singapura.



Pegawai bank itu yang mendaftar untuk ke haji pada 2012 berkata:



"Memang hati saya akan sangat gembira dan suka sekali kalau dipilih untuk menjalankan haji lebih-lebih lagi dapat ke tanah suci hanya sekali seumur hidup."



Apabila ditanya sama ada beliau sudah mempunyai persiapan yang rapi jika dipilih, memandangkan pengumuman haji untuk jemaah antarabangsa dibuat agak lewat, Encik Ibrahim berkata beliau dan isterinya sudah bersedia dari segi mental, fizikal mahupun kewangan.



"Kami sudah menunggu selama 10 tahun. Dan kami juga sudah ke kursus haji sebanyak empat kali.



"Sebelum Covid-19, kami telah menyiapkan barangan yang hendak dibawa.



"Insya-Allah, dari sudut kesihatan dan perbelanjaan, kami sudah ada cukup persiapannya," ujar bapa tiga anak itu.



Bagaimanapun pada masa sama, Encik Ibrahim tetap prihatin tentang keadaan pandemik yang masih belum menentu dan akan memastikan mengambil langkah berwaspada sekiranya beliau dan isteri dapat menunaikan haji.



"Kami tetap prihatin tentang wabak Covid-19, lebih-lebih bagi diri saya yang belum lagi menjangkitinya.



"Selain itu, saya juga mempunyai penyakit kencing manis, jadi saya harus memastikan yang saya mempunyai insurans yang mencukupi.



"Apabila di sana pula, kami akan sentiasa menggunakan pelitup bagi menjaga keselamatan dan kesihatan diri," terangnya.



Pada masa sama, Encik Ibrahim sedikit terkilan sebab tidak mungkin dapat menunaikan haji bersama mak ciknya, yang turut berdaftar bersama-samanya pada 2012.



Ini memandangkan mak ciknya itu sudah berusia melebihi 65 tahun.



Salah satu syarat dikenakan oleh Arab Saudi dalam membenarkan jemaah antarabangsa ialah jemah perlu berumur di bawah 65 tahun.



"Walau demikian, kami faham bahawa syarat-syarat seperti ini diperlukan dan kami memang faham kerajaan Saudi ada tanggungjawab mahupun pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kerana perlu pastikan keadaan terjaga di sana.



"Namun rasanya tetap terkilan kerana mak cik kami tidak dapat turut serta jika tiba peluang kami tahun ini," tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >