Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT ‘N’

Nasihat arwah ayah bantu kuatkan semangat hingga berjaya

gce
Dec 20, 2022 | 05:30 AM



Kehilangan mengejut bapanya Julai lalu membuat hatinya remuk, dan menjadi dugaan besar baginya memberi tumpuan pada peperiksaan GCE peringkat 'N'.



Farah Imelda Erniesha Muhammad Faruk, 16, tahun, akur bahawa tahun ini amat mencabar bagi dirinya kerana kehilangan bapa tersayang.



Namun, nasihat ayahnya agar dia tidak mengetepikan pelajarannya terngiang-ngiang dalam benak fikirannya, dan Farah sedar dia tidak harus bersikap negatif terlalu lama.



Ia memberi semangat kepada pelajar Sekolah Menengah Teck Whye itu.



"Pemergian ayah amat menyedihkan, tapi ayah selalu nasihat bahawa pelajaran adalah keutamaan dan saya tidak boleh putus asa," kata Farah, 16 tahun.



Memegang teguh pada nasihat itu, Farah membulatkan tekad untuk melakukan yang terbaik bagi peperiksaannya.



Semalam, Farah antara 4,414 pelajar dari aliran Normal Teknikal yang lulus peperiksaan itu.



"Saya amat berpuas hati dengan keputusan saya kerana saya dapat memohon kursus Industri Perniagaan di ITE (Institut Pendidikan Teknikal) Kolej Central," ujar anak sulung daripada dua adik-beradik itu.



Ibunya, Cik Emillia Ismail, 43 tahun, yang menjalankn perniagaan katering secara bebas, berkata: "Saya amat bangga dengan kejayaan Farah dan saya tahu dia telah memberikan sedaya upaya untuk peperiksaan ini.



"Walaupun tahun ini mencabar baginya, saya tersentuh dia dapat kuatkan semangat untuk mengatasi tempoh sukar ini."



Farah berkata dia bersyukur mendapat sokongan keluarga dan sekolah.



"Di rumah, ibu dan mak cik saya menggalak dan berikan kata-kata perangsang sebagai motivasi. Ibu sentiasa menasihati agar tidak putus asa dalam apa pun subjek," kata Farah.



"Di sekolah, jika ada soalan saya tidak dapat selesaikan, saya akan dapatkan bimbingan guru atau daripada jawapan contoh," tambahnya.



Mengenai melanjutkan pelajaran dalam kursus perniagaan, Farah berkata ibunya mencetuskan minatnya dalam dalam perniagaan.



Farah sering membantu ibunya dalam perniagaan masakannya dan ia membuat dia sedar minatnya dalam perniagaan.



Namun, Farah lebih meminati bidang fesyen dan berhasrat membuka perniagaan menjual pakaian wanita.



"Saya percaya bahawa pelajaran penting kerana ia kunci kejayaan. Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan putus asa dan terus berjuang.



"Saya pasti jika ayah dapat melihat keputusan saya hari ini, beliau akan berasa bangga pada saya," tambah Farah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >