KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warga Singapura yang melancong ke luar negara sempena musim cuti ini, agar sentiasa memaklumkan diri dan pastikan keselamatan dalam perjalanan mereka.
Dalam nasihatnya yang dikeluarkan semalam, MFA berkata beberapa serangan ke atas sasaran awam tahun ini menjejas kawasan yang popular dengan pelancong dan penduduk tempatan.