Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasihat Tiga Pihak bantu pelihara kesejahteraan mental di tempat kerja

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SATU nasihat berkenaan kesejahteraan mental di tempat kerja telah dikeluarkan bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) semalam.



Nasihat tersebut melakarkan bimbingan praktikal tentang langkah-langkah yang boleh diterima pakai majikan untuk menjaga kesejahteraan mental pekerja mereka.



Ia turut mengetengahkan sumber berkaitan kesejahteraan mental yang tersedia dan boleh dimanfaatkan majikan serta para pekerja.



Diumumkan semalam oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, 'Nasihat Tiga Pihak mengenai Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja' itu antara lain mengesyorkan agar para majikan melantik penggalak (champions) kesihatan mental di tempat kerja untuk menganjurkan program, bengkel dan ceramah tentang kesihatan mental.



Kedua, ia menggalakkan majikan menyediakan latihan tentang penjagaan diri dan melengkapi pengurus dan kakitangan sumber manusia dengan kemahiran menjadi ketua yang lebih menyokong.



Selain itu, majikan digalak memperluas faedah fleksibel pekerja untuk merangkumi perundingan dan rawatan kesihatan mental, atau memberi akses kepada program bantuan pekerja bagi kakitangan mereka.



Nasihat tersebut turut menekankan kepentingan memberi para pekerja waktu rehat yang mencukupi di luar waktu kerja.



Cik Teo berkata kesihatan mental di tempat kerja perlu diberi keutamaan, apatah lagi dengan perubahan dan tekanan yang berlaku terhadap para pekerja dek pandemik Covid-19.



Dalam ucapan pembukaannya semalam di Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) 2020, beliau berkata:



"Kita perlukan fokus baru pada kesihatan mental...pandemik ini telah membawa bersamanya lebih banyak 'stres, tekanan dan gangguan' dan kita dapat melihat semua ini terutama di tempat kerja.



"Oleh itu, melindungi kesihatan mental pekerja kini menjadi lebih penting."



Diadakan buat kali keenam, Persidangan WSH tahun ini dianjurkan secara dalam talian dan berlangsung pada 17 dan 18 November 2020.



Persidangan itu membincangkan cabaran WSH pada masa depan pekerjaan pasca-Covid-19, dan peri pentingnya dasar-dasar WSH dalam menguruskan perubahan tersebut.



Ia dihadiri 1,500 peserta dan menampilkan hampir 40 penceramah, panelis dan moderator sepanjang dua hari.



Berikutan pengumuman Cik Teo di acara itu, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Encik Melvin Yong, menulis dalam catatannya di Facebook bahawa beliau gembira nasihat tersebut turut menggalakkan majikan mewujudkan dasar keharmonian kerja dan kehidupan yang dapat memberi penjelasan kepada kakitangan mereka tentang komunikasi di luar waktu kerja.



"Saya berbesar hati rakan kerja tiga pihak kami menyedari kepentingan menyediakan waktu yang mencukupi kepada kakitangan mereka untuk rehat bagi hari kerja seterusnya," tulis Encik Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >