Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nassar Mohd Zain Presiden Baru 4PM gantikan Izzuddin

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) kini mempunyai kepimpinan baru menyusuli pelantikan Encik Nassar Mohamad Zain sebagai presiden.



Beliau menggantikan Encik Izzuddin Taherally, 68 tahun, yang telah memegang jawatan itu sejak 1990.



Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan ke-72 pertubuhan itu semalam.



Kali terakhir perubahan kepimpinan badan itu berlaku adalah 31 tahun lalu.



Menurut 4PM, Encik Nassar, 38 tahun, telah berkhidmat bersama badan itu sejak 2008.



Beliau telah mengetuai beberapa inisiatif utama termasuk projek Ramadan On Wheels (ROW), Remaja Resilien R2 dan Akademi Bahas 4PM di samping memegang jawatan Naib Presiden 4PM dari 2016 hingga 2020.



Dalam kenyataannya semalam, 4PM menyatakan sukarelawan dan kakitangannya mengucapkan terima kasih kepada Encik Izzuddin atas sumbangan dan kepimpinannya yang sangat berharga sejak 1990.



"Di bawah kepimpinannya, 4PM telah secara terus menerus menghasilkan program yang berfaedah selama bertahun-tahun dan menjadi pertubuhan yang dikenali ramai.



"Beliau juga telah membimbing banyak pemimpin muda, termasuk ramai yang kini dalam barisan pengurusan baru," tambah kenyataan itu.



Memberi komennya, Encik Izzuddin berkata:



"Pemimpin muda kami telah dibimbing dan diberi banyak tanggungjawab. Mereka terbukti mampu, bersemangat tinggi, bermotivasi namun paling penting mereka telah menunjukkan bahawa jiwa mereka berada di tempat yang betul.



"Saya yakin, kemajuan 4PM berada dalam tangan yang betul dan akan terus memainkan peranan penting pada tahun-tahun mendatang."



Encik Nassar pula berkata sumbangan besar yang dimainkan Encik Izzuddin sukar diulangi.



"Encik Izzuddin adalah nama yang dikenali bukan hanya di 4PM bahkan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas di Singapura.



"Saya amat berbesar hati di atas bimbingan dan nasihatnya selama ini. Lebih penting, saya sentiasa mengingatinya sebagai seorang bapa kepada kami di 4PM.



"Saya ucapkan yang terbaik buat beliau," kata Encik Nassar memberi penghormatan kepada mantan presiden 4PM itu.



Encik Nassar merupakan lulusan sarjana Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang seni bina.



Beliau juga merupakan wakil 4PM di Persatuan Rakyat (PA) sebagai Anggota Korporat dan ahli jawatankuasa kecil Pemuda PA Mesra.



4PM ditubuhkan pada 1948 dan telah lama berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang-bidang antaranya seperti pembangunan belia, pendidikan dan bantuan kepada golongan memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >