Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nazri Nasir sahut cabaran lari demi amal

Nov 01, 2019 | 04:53 PM



KEHEBATANNYA di arena bola sepak sudah diketahui ramai, bukan hanya sebagai bekas kapten pasukan negara tetapi juga sebagai jurulatih - peranan yang dipikul beliau sekarang.



Namun lusa (3 November), penolong jurulatih skuad Singa, Encik Nazri Nasir, 48 tahun, akan menggantung kasut bolanya buat seketika dan menyarung kasut lari pula demi amal.



Beliau merupakan antara 200 individu daripada pelbagai latar belakang yang akan menyertai Relay Majulah bagi menyokong Cabaran Presiden.



Mereka akan menyahut cabaran berlari 2,000  kilometer dalam masa 200 jam sempena memperingati 200 Tahun Singapura di serata Singapura dari 2 hingga 10 November.



Menurut  bekas kapten bola sepak negara itu, beliau berbesar hati dapat menyertai warga Singapura daripada pelbagai latar belakang dalam usaha murni ini.



“Saya mahu menyertai usaha ini kerana ini satu cara bagi saya menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang memerlukan.



“Dengan usaha ini melibatkan individu daripada pelbagai latar belakang, ini menunjukkan bahawa semua orang boleh memainkan peranan untuk menyumbang dan tiada orang yang lebih penting daripada orang lain,” ujarnya.



Encik Nazri akan menyahut cabaran berlari 10 kilometer dalam masa sejam dari pusat makanan Lagun East Coast ke Bendungan Marina mulai 9.15 malam lusa.



Selain membuat persiapan untuk memastikan tahap kecergasan yang baik, beliau juga terharu dengan kata-kata semangat yang diberi temannya termasuk di laman Facebook beliau. Tambahnya, rakannya antara lain memberi beliau tip dan komen positif.



Ini mendorongnya untuk melakukan yang terbaik bagi usaha ini.



Namun, keselamatan tetap amat penting bagi dirinya dan Encik Nazri berkata beliau akan cuba memenuhi cabaran yang diberi itu sebaik mungkin tanpa terlalu memaksa dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >