Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nazry Mokhtar Editor Berita Harian mulai 1 Jun

May 26, 2023 | 05:30 AM



SETELAH lebih 10 tahun menyandang jawatan sebagai Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM), Encik Saat A. Rahman, 62 tahun, akan bersara pada hujung Mei.


Mulai 1 Jun 2023, Timbalan Editor BH/BM, Encik Mohd Nazry Mokhtar, 58 tahun, akan mengambil alih sebagai Editor.

Encik Saat akan kekal di SPH Media, yang menerbitkan BH/BM, sebagai Konsultan Kanan (Projek Khas) BH.

Dalam satu memo kepada staf pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Cik Teo Lay Lim, berkata:

“Saya gembira melihat dedikasi para pemimpin dalam membangunkan generasi pemimpin dan wartawan seterusnya, yang akan terus membentuk bilik berita hari esok.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saat atas dedikasi dan sumbangannya, dan saya mengalu-alukan peluang bekerjasama dengan Nazry.”

Encik Saat menyertai BH pada 1988 sebagai wartawan dan sepanjang kerjayanya, telah menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai Editor Berita pada 1999 sebelum memimpin akhbar ini sebagai Editor pada Oktober 2012.

Mengulas tentang perjalanannya di BH, Encik Saat berkata:

“Saya ingin memberikan penghargaan kepada staf bilik berita BH yang telah banyak bekerja keras bersama saya. Walaupun dengan sumber terhad, mereka telah mengekalkan keupayaan BH dalam masa-masa mencabar sepanjang lebih sedekad lalu.

“Ini termasuk memenuhi misi akbar ini bukan hanya sebagai wadah media, malah juga sebagai antara institusi penting untuk menyampaikan berita, menghubung dan menyatukan masyarakat Melayu.”

Mengulas, Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) SPH Media, Encik Wong Wei Kong, mengalu-alukan pembaharuan yang akan dilalui BH.

“Berita Harian adalah sumber berita yang dipercayai bagi masyarakat Melayu kita dan memandangkan landskap media semakin berkembang, begitu juga bilik berita harus berubah. 

“Nazry berada dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan usaha membina asas kukuh yang telah dibina oleh Saat, dan memacu usaha transformasi BH untuk meningkat pengalaman yang lebih menarik bagi pembaca kami,” kata Encik Wong.

Dalam pada itu, Encik Nazry berkata beliau menghargai sokongan dan bimbingan yang diberikan Encik Saat selama ini.

Encik Nazry menyertai BH pada 1995 sebagai wartawan dan mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda sains dengan kepujian daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang bangunan dan sarjana dalam pentadbiran perniagaan daripada Universiti Leicester di Britain.

Beliau meninggalkan BH untuk menyertai Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada 2008 dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Divisyen Perhubungan Awam. Beliau menyertai akhbar ini semula pada 2013 sebagai Timbalan Editor.

“Tumpuan utama saya sekarang ialah menjayakan proses transformasi digital BH yang giat berlangsung dan melakar strategi untuk mendekati lebih ramai pembaca dan pengguna media sosial kami khususnya golongan muda,” kata Encik Nazry.

Sebagai Timbalan Editor, beliau telah memimpin pasukan yang menguruskan proses transformasi BH sepanjang beberapa bulan lalu termasuk pelancaran Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) atau CUE pada 22 Mei lalu.

CUE merupakan sistem penerbitan yang membolehkan bilik berita menghasilkan kandungan wadah cetak dan digital secara bersepadu dan cepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >