Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PELAN HIJAU SINGAPURA 2030

NCMP Leong mohon maaf, padam pos Facebook tentang dihalang berucap

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, memohon maaf dan memadam pos serta komennya di Facebook yang mendakwa bahawa Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin menghalangnya daripada bercakap di Parlimen.



Arahan untuk memohon maaf itu dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan, Encik Zaqy Mohamad sebelum sesi perbahasan belanjawan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bermula di Parlimen pagi semalam.



Dalam kenyataannya di Parlimen, Encik Zaqy berkata Encik Leong mempersoal Encik Tan, dan proses Parlimen, selain memberikan gambaran yang mengelirukan tentang bagaimana prosiding perbahasan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berakhir kelmarin.



"Ini mengaibkan dan menghina Parlimen selain melanggar Akta Parlimen (Hak, Imuniti dan Kuasa)," kata Encik Zaqy.



Beliau berkata, Encik Leong mempunyai sehingga di akhir perbahasan belanjawan itu semalam untuk memohon maaf di Parlimen dan memadamkan posnya di Facebook. Permohonan maaf itu juga perlu dimuat naik di Facebook Encik Leong.



Di akhir perbahasan semalam, Encik Leong, yang merupakan anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), telah memohon maaf di Dewan dan memadamkan pos dan komen beliau.



"Saya dengan ikhlas dan tanpa syarat memohon maaf kepada Speaker dan Dewan ini atas komen Facebook saya... Saya telah memadam pos tersebut. Saya menarik balik apa yang saya tulis dan tidak akan kata-kata atau tindakan sedemikian lagi. Saya akur saya tidak menggariskan semua fakta dalam pos saya dan sekali gus memberi gambaran yang mengelirukan," kata Encik Leong.



Sehingga akhbar ini dicetak, Encik Leong masih belum memuat naik permohonan maaf itu.



Mengulas, Encik Zaqy menekankan bahawa semua anggota memainkan peranan untuk memastikan perbahasan yang kukuh dapat dilaksanakan di Parlimen.



"Saya terima permohonan maaf itu," kata Encik Zaqy lagi.



Petang kelmarin, Encik Leong telah memuat naik pos Facebook yang menyatakan bahawa beliau "tidak diberikan peluang" untuk memberikan respons kepada kenyataan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dan mendakwa Speaker Parlimen telah menggunakan had masa perbahasan sebagai alasan.



Pos itu telah dimuat naik selepas Encik Tan mengingatkan semua Anggota Parlimen (AP) di Parlimen kelmarin, tentang proses perbahasan belanjawan kementerian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >