Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NCMP Leong Mun Wai serah petisyen minta Sers digantung hingga skim disemak

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, telah memohon agar Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) digantung hingga ia disemak.



Dalam satu petisyen yang dibentangkan di Parlimen bagi pihak lima penduduk Ang Mo Kio, Encik Leong meminta satu semakan menyeluruh dibuat ke atas Sers.



"Mereka (penduduk) mendakwa terdapat kurang ketelusan berkaitan pelbagai aspek projek Sers dan layanan yang diberikan kepada mereka tidak adil," ujar beliau.



Petisyen itu dikemuka selepas Blok 562, 563, 564 dan 565 di Ang Mo Kio Avenue 3 dipilih menjalani Sers pada April, menyebabkan ada penduduk melahirkan kekecewaan kerana perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli flat ganti bersaiz serupa di bawah skim itu.



HDB kemudian memberi penduduk berusia lebih lanjut dua pilihan perumahan semula, iaitu tempoh pajakan lebih pendek 50 tahun dan skim beli tempoh pajakan semula.



Bulan lalu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata hampir semua 540 penduduk berusia 45 tahun ke atas tidak perlu menokok wang untuk pindah ke flat ganti bersaiz serupa jika mereka memilih tempoh pajakan 50 tahun.



Encik Leong turut menyenaraikan permohonan lain yang dibuat oleh mereka yang membuat petisyen itu.



Ini termasuk meminta Parlimen menimbangkan mendedahkan rancangan bagi tapak Sers itu agar ia dapat dinilai dengan tepat dan membenarkan penduduk terjejas dipindahkan semula dekat dengan tapakitu.



Mereka juga meminta Parlimen menimbangkan pembayaran ex gratia kepada penduduk yang terjejas untuk menolong mereka dengan kos ubah elok dan kos itu disesuaikan dengan inflasi serta faktpr lain.



Dalam petisyen itu, lima penduduk berkenaan meluahkan rasa tidak senang mengenai tapak flat baru mereka, yang berhampirn dengan ITE College Central, kerana lokasi flat mereka sekarang lebih baik dan terhubung dengan banyak kemudahan serta pengangkutan.



Petisyen itu kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Petisyen Awam, yang terdiri daripada tujuh Anggota Parlimen dan dipengerusikan oleh Speaker, Encik Tan Chuan-Jin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >