Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NCMP: WP akan putuskan tidak lama lagi terima atau tidak

Sep 15, 2015 | 01:50 PM



Parti Pekerja (WP) akan membuat keputusan tidak lama lagi apakah ia akan mengambil tiga kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), dan siapa akan mengambilnya, kata pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, pada Isnin (14 Sep).


Cik Lee Li Lian, calon WP yang gagal mempertahan kerusi SMC Punggol East beliau, ialah calon kalah yang meraih peratusan undi terbanyak, 48.24 peratus, dalam pilihan raya umum Jumaat lalu.


Oleh itu, beliau, 37 tahun, berhak mengambil sebuah kerusi NCMP. Bagaimanapun, Cik Lee sudah berkata beliau tidak akan mengambilnya.


Cik Lim semalam memberitahu pemberita beliau memahami pilihan Cik Lee: "Jika anda seorang Anggota Parlimen, dan pengundi telah membuat keputusan tidak melantik semula anda sebagai Anggota Parlimen (AP) kawasan undi itu, tidak masuk akal untuk anda kekal sebagai NCMP kerana keputusan pengundi perlu ditegakkan."


Menurut akhbar The Straits Times, para pakar berselisih pendapat mengenai apa akan berlaku kepada kerusi itu jika Cik Lee menolaknya selepas tawaran dibuat oleh Jabatan Pilihan Raya, mungkin minggu ini.


Ini timbul disebabkan perbezaan dalam tafsiran undang-undang: satu tafsiran ialah Parlimen perlu mengisi kerusi itu, sementara satu lagi ialah ia boleh dibiarkan kosong.


WP satu-satunya parti pembangkang yang calonnya dipilih dalam pilihan raya Jumaat lalu.


Oleh kerana ia hanya mempunyai enam AP di Parlimen baru, undang-undang memperuntukkan tiga NCMP yang hendaklah dilantik daripada kalangan calon pembangkang kalah yang meraih peratusan undi terbanyak - agar terdapat sembilan AP pembangkang semuanya.


Selepas Cik Lee, calon seterusnya dalam senarai itu semuanya daripada WP: peguam Dennis Tan, 45 tahun, yang meraih 42.48 peratus undi SMC Fengshan; dan pasukan parti itu di GRC Pantai Timur, yang memenangi 39.27 peratus undi.


Pasukan itu dianggotai bekas NCMP Gerald Giam, 37 tahun; ketua eksekutif firma perunding Leon Perera, 44 tahun; ahli sosiologi Daniel Goh, 42 tahun; dan bekas penjawat awam Mohamed Fairoz Shariff, 36 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >