Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NCSS sokong usaha agensi khidmat sosial dapat staf baru dari luar sektor

Aug 21, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) kini mempertingkat sokongan bagi membuka peluang kerja kepada sekitar 50 profesional, pengurus dan eksekutif (PME) dari luar sektor khidmat sosial dengan kemahiran dan pengalaman yang relevan.



Ia telah melancarkan Skim Dana Pengurus Sukarelawan Dipertingkat (VMFS Dipertingkat) kelmarin untuk membantu mengukuhkan keupayaan pengurusan sukarelawan bagi agensi khidmat sosial (SSA) di Singapura dengan memberikan dana khusus bagi mendapatkan perkhidmatan pengurus sukarelawan.



Skim tersebut menelan belanja $8 juta yang diperolehi melalui geran sepadan Care and Share, menurut kenyataan yang dikeluarkan NCSS semalam.



Kekurangan tenaga kerja merupakan cabaran utama yang dihadapi banyak SSA dalam menyediakan khidmat sosial yang berkesan, menurut kenyataan itu.



Dalam ucapannya semasa pelancaran tersebut, Speaker Parlimen dan penasihat NCSS, Encik Tan Chuan-Jin berkata SSA menghadapi pelbagai kesukaran dalam tempoh beberapa bulan lalu, termasuk kekurangan dana dan tenaga sukarelawan.



Katanya, melalui VMFS yang dipertingkat ini, akan adanya tenaga kerja yang dapat menumpukan terhadap mengukuhkan lagi keupayaan agensi tersebut dalam mengurus dan mengerah sumber relawan.



"Dalam pandemik ini, keperluan sektor semakin kompleks.



"Saya percaya komitmen terhadap pengurusan sukarelawan strategik jangka panjang merupakan kunci untuk sektor ini menangani ketidakpastian dan cabaran yang akan dihadapi dalam masa akan datang," kata Encik Tan.



Menurut beliau, hanya separuh daripada agensi yang ditinjau sebelum ini melaporkan mempunyai lebih 50 sukarelawan, dan situasi pandemik Covid-19 dan langkah berjaga-jaga yang harus dikuat kuasa turut menambah keperluan terhadap lebih banyak tenaga kerja di agensi-agensi tersebut.



VMFS Dipertingkat itu bertujuan membantu meringankan masalah itu dengan menarik 50 PME dengan kemahiran dari luar khidmat sosial untuk menyertai SSA sebagai pengurus sukarelawan khas.



Skim dana sepanjang dua tahun itu juga akan memberikan sokongan kewangan bagi penambahan pekerja supaya SSA dapat mengukuhkan pengurusan strategi dan pengerahan sukarelawan untuk mempertingkat khidmat.



Tambahan lagi, NCSS juga akan memberikan sokongan kepada SSA dari segi menyediakan peluang interaksi antara PME dan pengurus sukarelawan yang lebih berpengalaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >