Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2019 diisytihar acara khas, ciri keselamatan dipertingkat

Aug 01, 2019 | 11:34 AM



 





PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini diisytihar sebagai acara khas dengan ciri keselamatan yang dipertingkat, di bawah Akta Ketenteraman Awam, kata polis pada Khamis (1 Ogos).



Ia akan diadakan di Padang pada 9 Ogos.



Kawasan di sekitar Padang telah diperuntuk sebagai kawasan acara khas di mana tindakan keselamatan ketat akan dilaksana. Zon khas, yang memperuntuk pemeriksaan keselamatan lebih ketat juga telah ditentukan.



Jika NDP dianjak ke tarikh rizab, iaitu 10 Ogos, warta sama akan dikenakan, kata polis dalam kenyataan itu. 



Senarai barangan dilarang yang tidak boleh dibawa masuk ke kawasan acara khas itu termasuk bahan letupan, alat pembesar suara dan senjata api.



Polis akan memeriksa pihak awam bagi barangan itu dalam kawasan khas. 



Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) termasuk dron, juga dilarang digunakan dalam kawasan acara khas. Ia adalah satu kesalahan untuk membawa atau menerbangkan UAV ke dalam kawasan acara khas tanpa permit.



Mereka yang membawa barangan dilarang masuk ke dalam kawasan acara khas itu, atau menerbangkan UAV tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau denda $20,000 atau kededuanya sekali. Barangan dilarang itu atau UAV yang digunakan akan dirampas.



Mereka yang menganjurkan perhimpunan awam dan perarakan dalam kawasan acara khas, sama ada di dalam atau luar bangunan perlu mendapatkan permit dari polis menerusi laman https://www.police.gov.sg/licence/frameset_PP.html



Polis boleh melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas semua individu dan kenderaan yang memasuki zon khas. Mereka juga berkuasa melarang seseorang memasuki zon itu. Polis juga berkuasa mengusir orang dari zon yang sama jika perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >