Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2022 bakal diadakan di platform terapung Marina Bay

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan diadakan di Platform Terapung Marina Bay sekali lagi - kemungkinannya kali terakhir sebelum ia dibangunkan semula sebagai NS Square, projek yang ditangguh buat setahun disebabkan Covid-19.



Sambutan hari jadi negara juga diadakan di lokasi tersebut tahun lalu.



Dalam satu pos Facebook semalam, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata bahawa pembangunan semula platform terapung terpaksa bermula lebih lambat disebabkan Covid-19.



"(Ini) membolehkan kami untuk mengadakan NDP 2022 di sana tahun ini," katanya.



Beliau menambah bahawa orang ramai boleh menjangkakan lebih ramai peserta dan penonton, serta komponen udara, darat, laut yang digabung buat NDP 2022.



Kerja untuk menukar platform terapung Marina Bay menjadi NS Square yang baru pada mulanya dijadualkan siap menjelang 2025.



Namun, penangguhan disebabkan pandemik bermakna kerja tersebut hanya boleh bermula lebih lewat, kata Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan.



"Disebabkan keadaan Covid-19 sekarang dan kesannya ke atas sektor pembinaan, kerja-kerja telah dijadualkan semula untuk bermula pada Mac 2023, dan dijangka siap menjelang akhir 2026," tambah kementerian.



Butiran lanjut akan dikongsi apabila siap, tambahnya.



Projek untuk membangunkan semula The Float @ Marina Bay menjadi NS Square diumum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 2017.



Ruang tetap itu akan menampilkan kemudahan sukan masyarakat dan sesiaran kawasan dermaga awam baru.



Ia juga diperuntukkan untuk mengadakan NDP pada masa depan, serta galeri yang didedikasi kepada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen).



Tender perundingan reka bentuk bagi projek NS Square diberikan pada 2020, dengan kementerian berkata pada waktu itu bahawa kerja ubah suai akan bermula pada Mac 2022 dan siap menjelang akhir 2025.



NDP tahun ini dianjurkan Divisyen Ketiga Tentera Singapura. Ia akan menjadi kali ke-11 NDP diadakan di platform terapung.



Acara itu juga pernah diadakan di Padang dan Hab Sukan sepanjang dekad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >